NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, November 25, 2012

SEJARAH PENUBUHAN SBP

Mungkin maklumat ini berguna untuk semua calon 5A UPSR 2012 sekiranya ditanya semasa sesi temuduga nanti.
SEJARAH SBP

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956

2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956

3. Sekolah Tuanku Abdul Tahman (STAR) - 1957

4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963

5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963

6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-

1. SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)

2. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)

3. SMS Selangor (1973)

4. SMS Muzaffar Syah (1973)

5. SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)

6. SMS Sultan Mahmud (1973)

7. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)

8. SMS Tuanku Syed Putra (1974)

9. SMS Tuanku Jaafar (1974)

10. SMS Johor (1975)

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal.

Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 1 buah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 65 buah.

ANALISIS SBP MENGIKUT KATEGORI

 Sekolah Berasrama Penuh Premier 9
 Sekolah Menengah Sains (SMS) 41
 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) 3
 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) 12
JUMLAH65 

 BIL
NEGERI
NAMA SEKOLAH
 ALAMAT
TELEFON/FAKS
 1 PerlisSMS Tuanku Syed Putra  Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, PerlisTel: 04-9760433 Faks: 04-9760199
 2 Kedah SM Sultan Abdul Halim  06009 Jitra, KedahTel: 04-7143209 Faks: 04-7143215
 3 KedahSMS Pokok Sena  06400 Pokok Sena, KedahTel: 04-7823733 Faks: 04-7825275
 4 KedahSMS Sultan Mohamad Jiwa  Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, KedahTel: 04-4212797 Faks: 04-4214877
 5 KedahSMS Kubang Pasu  Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, KedahTel: 04-9257855 Faks: 04-9257844
 6 KedahSBPI Kubang Pasu  Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, KedahTel: 04-9222701 Faks: 04-9222707
 7 P.PinangSMS Tun Syed Sheh Shahabudin  Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangTel: 04-5305636 Faks: 04-5380853
 8 P.PinangSMS Kepala Batas  Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau PinangTel: 04-5751592 Faks: 04-5754145
 9 PerakSMS Raja Tun Azlan Shah  Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping, PerakTel: 05-8083020 Faks: 05-8062576
 10 PerakSekolah Tuanku Abdul Rahman  Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, PerakTel: 05-5457733 Faks: 05-5467000
 11 PerakThe Malay College  Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, PerakTel: 05-7761400 Faks: 05-7764500
 12 PerakSMS Teluk Intan  36000 Teluk Intan, PerakTel: 05-6411711 Faks: 05-6411155
 13 PerakSBPI Gopeng  Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, PerakTel: 05-3597688 Faks: 05-3591788
 14 PerakSMS Bagan Datoh  36100, Bagan Datoh, PerakTel: 05-6466331 Faks: 05-6466332
 15 PerakSMS Tapah Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, PerakTel: 05-4018745 Faks: 05-4018749
 16 WP Kuala LumpurSMS Selangor Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91316093 Faks: 03-91300346
 17 WP Kuala LumpurSMS Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala LumpurTel: 03-40411715 Faks: 03-40449614
 18 WP Kuala LumpurSMS Alam Shah Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91315014 Faks: 03-91318119
 19 WP PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah Parcel G, Presint 1, 62520 PutrajayaTel: 03-88883763 Faks: 03-88883614
 20 WP LabuanSMS Labuan Peti Surat No. 82206, 87032 WP LabuanTel: 087-461525 Faks: 087-462835
 21 SelangorKolej Islam Sultan Alam Shah Peti surat 64, 41906 Klang, selangorTel: 03-33711658 Faks: 03-33721148
 22 SelangorSekolah Seri Puteri Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, SelangorTel: 03-83192414 Faks: 03-83193937
 23 SelangorSMAP Kajang Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, SelangorTel: 03-87362324 Faks: 03-87360502
 24 SelangorSMS Kuala Selangor Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, SelangorTel: 03-32893052 Faks: 03-32896631
 25 SelangorSMS Hulu selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, SelangorTel: 03-60753838 Faks: 03-60751416
 26 SelangorSBPI Rawang Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, SelangorTel: 03-60928192 Faks: 03-60917309
 27 SelangorSBPI Sabak Bernam 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, SelangorTel: 03-32138348 Faks: 03-32138346
 28 SelangorSBPI Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, SelangorTel: 03-61863050 Faks: 03-61858472
 29 Selangor SMS Banting Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700, Banting, SelangorTel: 03-31201597
Faks: 03-31201623
 30 Negeri SembilanSekolah Dato' Abdul Razak Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-6770806 Faks: 6781790
 31 Negeri SembilanKolej Tunku Kurshiah Jalan Tunku Khurshiah, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7625351 Faks: 7619906
 32 Negeri SembilanSMS Tuanku Jaafar 72000, Kuala Pilah, Negeri SembilanTel: 06-4811304 Faks: 06-4817137
 33 Negeri SembilanSMAP Labu Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri SembilanTel: 06-7912245 Faks: 06-7912198
 34 Negeri SembilanSMS Tuanku Munawir Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7630388 Faks: 06-7622885
 35 Negeri SembilanSBPI Jempol 72200 Batu Kikir, Negeri SembilanTel: 06-4985978 Faks: 06-4984167
 36 Negeri SembilanSMS Rembau Pilin, 71300 Rembau, Negeri SembilanTel: 06-6970037 Faks: 06-6970041
 37 MelakaSMS Muzaffar Syah Ayer Keroh, 75450 MelakaTel: 06-2320833 Faks: 06-2321780
 38 MelakaSBPI Selandar Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, MelakaTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 39 JohorSekolah Tun Fatimah Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bharu, JohorTel: 07-2364706 Faks: 07-2376961
 40 JohorSMS Johor Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, JohorTel: 07-7722458 Faks: 07-7723786
 41 JohorSMS Muar Tanjung Agas, 84009 Muar, JohorTel: 06-9523181 Faks: 06-9536693
 42 JohorSMS Kota Tinggi Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, JohorTel: 07-8222475 Faks: 07-8222477
 43 JohorSMS Sultan Iskandar  Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, JohorTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 44 JohorSMS Sembrong  Jalan Padang Tembak, Bandar T6, 86000, Kluang, JohorTel: 07-7892528
Faks: 07-7892523
 45 JohorSMS Batu Pahat KM. 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat, JohorTel: 07-4288961
Faks: 07-4288964
 46 PahangSMS Sultan Haji Ahmad Shah Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, PahangTel: 09-5381223 Faks: 09-5384407
 47 PahangSMS Tengku Abdullah Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, PahangTel: 09-3551600 Faks: 09-3553511
 48 PahangSekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Jalan batu Balik, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4224616 Faks: 09-4225453
 49 PahangSBPI Temerloh Kerdau, 28010 Temerloh, PahangTel: 09-2847889 Faks: 09-2847460
 50 PahangSBPI Tun Abdul Razak Pulau serai, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4101010 Faks: 09-4101030
 51 PahangSBPI Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, PahangTel: 09-5733994 Faks: 09-5736993
 52 PahangSMAP Bentong Mempaga, 28600, Karak, PahangTel: 019-9314116
Faks:
 53 TerengganuSMS Sultan Mahmud 21300, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6664214 Faks: 09-6664644
 54 TerengganuSMS Dungun 23000, Dungun, Terengganu Tel: 09-8422550 Faks: 09-8485389
 55 TerengganuSMS Kuala Terengganu Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6311402 Faks: 09-6266729
 56 TerengganuSBPI Batu Rakit 21020, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6693769 Faks: 09-6695712
 57 Terengganu SMS Hulu Terengganu 21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu Tel: 09-6811226
Faks: 09-6811227
 58 Terengganu SMS Setiu Air Sejuk, 22100, Setiu, TerengganuTel: 09-6095003
Faks: 09-6095005
 59 KelantanSMS Tengku Muhammad Faris Petra 16100, Pengkalan Chepa, KelantanTel: 09-7738277 Faks: 09-7739139
 60 KelantanSMS Machang 18500, Machang, KelantanTel: 09-7878455 Faks: 09-7878830
 61 KelantanSMS Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, KelantanTel: 09-7860031 Faks: 09-7867315
 62 SabahSMS Sabah Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, SabahTel: 088-246268 Faks: 088-247540
 63 SabahSMS Lahad Datu Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, SabahTel: 089-884905 Faks: 089-884930
 64 SarawakSMS Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, SarawakTel: 085-421371 Faks: 085-411050
 65 SarawakSMS Kuching Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050 Kuching, SarawakTel: 082-642544 Faks: 082-642710


MOTO SBP
KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA 

SUMBER:  BPSBPSK

No comments:

Post a Comment