ENTRI TERKINI
Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, January 10, 2012
PERMOHONAN BIASISWA SUKAN 2012
KEPADA BEKAS MURID SK (LKTP) ULU JEMPOL YANG MEMPUNYAI KELAYAKAN CEMERLANG DI DALAM BIDANG SUKAN BOLEHLAH MEMOHON HADIAH BIASISWA SUKAN KPM TAHUN 2012. RUJUK SEKOLAH MENENGAH MASING-MASING.
Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan adalah bermula pada tahun 2006. Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan. Kumpulan murid yang terlibat adalah yang berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.
Syarat kelayakan seseorang murid untuk pertimbangan mendapat Skim Biasiswa Sukan adalah seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia
- Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan di sekolah menengah bantuan kerajaan
- Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM.
- Mengikuti program pembangunan sukan latihan di Sekolah Sukan Malaysia, Pusat Sukan Negeri, Pusat Sukan Daerah atau mana-mana pusat di bawah program yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
- Tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Keutamaan akan diberi kepada murid yang terlibat dalam program latihan lapan (8) Sukan Teras Prestasi Tinggi dan lain-lain sukan yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk diedarkan kepada semua pelajar yang layak.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum
30 Mac 2012 untuk tindakan selanjutnya.
BORANG PERMOHONAN (DOWNLOAD)
PANDUAN SEKOLAH (DOWNLOAD)
SILA RUJUK SEKOLAH MASING-MASING.
PERUTUSAN KHAS MENTERI PELAJARAN
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012
PADA 10 JANUARI 2012; PUKUL 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI,
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
BACA DI SINI - TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN
PIPP 2006-2010
UNTUK BACAAN ATAU MUAT TURUN.
Prakata Muat Turun : 1.06 MB |
| Bab 1 : Pendahuluan Muat Turun : 1.21 MB | |
| Bab 2 : Sistem Pendidikan Kebangsaan Perletakkan Asas Muat Turun : 775.62 KB | |
| Bab 3 : Pendidikan Kebangsaan: Melangkah Ke Hadapan Muat Turun : 1.14 MB | |
| Bab 4 : Membina Negara Bangsa Muat Turun : 1.33 MB | |
| Bab 5 : Membangunkan Modal Insan Muat Turun : 1.15 MB | |
| Bab 6 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Muat Turun : 1.47 MB | |
| Bab 7 : Merapatkan Jurang Pendidikan Muat Turun : 1.10 MB | |
| Bab 8 : Memartabatkan Profesion Keguruan Muat Turun : 1.37 MB | |
| Bab 9 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Muat Turun : 1.50 MB | |
| Bab 10 : Faktor Kritikal Kejayaan Muat Turun : 1.22 MB |
SEMAKAN PENEMPATAN GURU BARU TAHUN 2012
KLIK IMEJ ATAU KLIK
Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
Semakan bermula (09 January 2012 - 07 February 2012)
Monday, January 9, 2012
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLI-SR JQAF JANUARI 2012
KEPADA YANG BERKENAAN BOLEHLAH SEMAK KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLI-SR JQAF AMBILAN JANUARI 2012.
Semakan bermula (06 January 2012 - 17 January 2012)
Sunday, January 8, 2012
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2010 1MALAYSIA
MUAT TURUN SOALAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2010 (SEMUA NEGERI / SEMUA SUBJEK) DALAM SATU FOLDER
(size fail 141MB)
ATAU DOWNLOAD SOALAN SECARA BERASINGAN MENGIKUT PILIHAN NEGERI DAN SUBJEK
(download)
ATAU DOWNLOAD SOALAN SECARA BERASINGAN MENGIKUT PILIHAN NEGERI DAN SUBJEK
(download)
Saturday, January 7, 2012
PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1
MAKLUMAT DARIPADA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PAHANG:-
Program Transisi merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini perlu dijalankan di semua kelas Tahun Satu selama tiga minggu bermula pada 4 hingga 20 Januari 2012.
1. Tempoh Pelaksanaan : 3 minggu (4 – 20 Januari 2012).
2. Selepas Program Transisi, semua sekolah dikehendaki menghantar Laporan Pelaksanaan Bergambar serta Laporan Penilaian Kemajuan Murid (5 orang murid setiap sekolah) ke PPD masing-masing.
3. P & P secara rasmi mengikut kemahiran KSSR bermula selepas Tahun Baru Cina.
4. Instrumen Pemantauan & Instrumen Kemajuan Murid
MUAT TURUN DOKUMEN BERKENAAN:-
1) INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI (download)
2) KIT TRANSISI (download)
3) BORANG PENILAIAN KEMAJUAN MURID (download)
SUMBER : SPA JPN PAHANG
SEMAKAN PERMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM ULUL ALBAB 2012
SEMAK DI SINI KEPADA YANG MEMOHON KE TINGKATAN 1 MRSM ULUL-ALBAB BAGI TAHUN 2012.
ATAU KLIK DI SINI MRSM ULUL-ALBAB 2012
SEMAKAN PERMOHONAN MRSM BAGI ALIRAN BIASA HANYA BOLEH DIBUAT PADA BULAN FEBRUARI 2012. AKAN DIHEBAHKAN NANTI.
Friday, January 6, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


















