NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, December 28, 2011

PENGIRAAN MARKAH KE MRSM


Proses Pengiraan Markah Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
25%  daripada akademik atau 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.
45%  daripada status sosioekonomi (SES). Pendapatan kedua ibu bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan terbaik yang boleh menyumbang kepada merit/markah seseorang pemohon.
30%   daripada ko-kurikulum.
Untuk Tingkatan Empat :
Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A 2B  ( A DALAM MATEMATIK & SAINS) adalah layak untuk mengemukakan permohonan. Pelajar tingkatan empat harus menduduki satu ujian khas iaitu ujian kecenderungan ke MRSM (UKKM) yang merangkumi 70% daripada syarat pemilihan dan 30% yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atau keluarga.
Semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi 3 aspek utama iaitu soalan Matematik (50 soalan), soalan Sains (50 soalan), dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan, sukatannya adalah berdasarkan Pelajaran Menengah Rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.
Bagi memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar tingkatan empat, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
         a. mendapat 8A/9A dalam keputusan peperiksaan PMR.
         b. lulus dengan cemerlang di dalam UKKM  dan markah
             mestilah menepati susunan tertinggi yang telah ditetapkan)

SYARAT KE MRSM

Syarat-Syarat Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
  • Warganegara Malaysia tahun enam
  • Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung. 
  • mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan.  
    Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif
    .
Untuk Tingkatan Empat :
  • Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah  Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia.
  • Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun semasa.
  • Markah yang tinggi dalam UKKM (Ujian kecenderungan ke MRSM) tahun semasa.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  • Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

    LAWATI LAMAN WEB MARA UNTUK MAKLUMAT LANJUT

MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Falsafah Pendidikan MRSM
"Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan."


BUAL BICARA SBPA DI ASTRO AWANI & BERNAMA TV

SAKSIKAN UNTUK LEBIH MAKLUMAT DAN PENJELASAN BERKAITAN SBPA..




Tuesday, December 27, 2011

Surat Siaran Kebenaran Kepada Pihak Sekolah Untuk Memilih Dan Memasang Perkhidmatan Internet Di Sekolah Masing - Masing : Pelanjutan Tempoh Interim Untuk tahun 2012 (sehingga Projek Perkhidmatan 1BestariNet dilaksanakan)

MANTAN PENGARAH JPN PAHANG

BERIKUT SENARAI NAMA MANTAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

PENGARAH JPN PAHANG SEKARANG : EN. YAHYA BIN ZAINAL ABIDIN. AAP., AMN

Sunday, December 25, 2011

PERMOHONAN KE SRK TINGKATAN 4 NEGERI PAHANG 2012

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SRK (SEKOLAH RANCANGAN KHAS) TAHUN 2012 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA...!!!


BACA SURAT DI ATAS UNTUK PERMOHONAN.

TARIKH TUTUP: 13 JANUARI 2012

Saturday, December 24, 2011

SEKOLAH RANCANGAN KHAS PAHANG (SRK)

Berikut adalah senarai 22 buah Sekolah-sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang:


DAERAH BENTONG

1. SMK Sulaiman
2. SMK Seri Bentong

DAERAH JERANTUT
1. SMK Padang Saujana
2. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
3. SMK PPP Tun Razak


DAERAH KUANTAN
1. SMK Abdul Rahman Talib
2. SMK Alor Akar
3. SMK Sultan Abu Bakar
4. SMK Sultanah Hajjah Kalsom

DAERAH LIPIS
1. SMK Clifford
2. SMK Seri Lipis

DAERAH MARAN
1. SMK Jengka Pusat
2. SMK Seri Jengka

DAERAH PEKAN
1. SMK Ahmad
2. SMK Seri Pekan

DAERAH RAUB
1. SMK Seri Raub

DAERAH ROMPIN
1. SMK Muadzam Shah
2. SMK Seri Rompin
3. SMK Agama Pahang

DAERAH TEMERLOH
1. SMK Datuk Bahaman
2. SMK Seri Tualang

DAERAH BERA
1. SMK Seri Bera

Friday, December 23, 2011

SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH PLKN KUMP 1 SIRI 9/2012

(klik imej)

atau




TALIAN HOTLINE SBPA

TALIAN HOTLINE SBPA SEPERTI DI BAWAH:-




OPSYEN SBPA LANJUT 15 JANUARI 2012

Hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 

23 Disember 2011 (Jumaat), pelaksanaan 

opsyen SBPA akan dilanjutkan sehingga 

15 Januari 2012.



STANDARD GURU MALAYSIA

APLIKASI INSTRUMEN STANDARD GURU MALAYSIA BOLEH DIAKSES DI WEBSITE DI BAWAH.


ID PENGGUNA: NO. KAD PENGENALAN
PASSWORD: 4 DIGIT TERAKHIR NO. KAD PENGENALAN




SEMAKAN TAPISAN KESELAMATAN


OR