NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Friday, May 25, 2012

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SK LKTP ULU JEMPOL.

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 AKAN BERMULA ISNIN 28 MEI 2012 HINGGA 1 JUN 2012. SELAMAT BELAJAR...!!!




Thursday, May 24, 2012

SEMAKAN SISPPA SESI 1 TAHUN 2012

SEMAKAN SISSPA SESI 1 TAHUN 2012 BOLEH DIBUAT MULAI 24 MEI 2012 JAM 6.00 PETANG
KLIK PAUTAN DI BAWAH.





(Permohonan yang BUKAN daripada lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan dari Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam di Kementerian masing-masing)



Sebarang pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan perkhidmatan Sesi 1 Tahun 2012, sila e-mel ke sisppa@moe.gov.my. 






SUMBER: PORTAL KPM

KDPM-KDC-SABK DAN KPLI-KDC-SABK

KEPADA GURU YANG BERKENAAN...

Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Dalam Cuti (KDPM-KDC-SABK) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC-SABK)

Tarikh Mendaftar : 4 Jun 2012
Masa Mendaftar : 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempoh Kursus : 18 Bulan
Mod Kursus : Kursus Dalam Cuti (KDC)


Sila hubungi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk semakan nama dan tempat kursus yang ditawarkan

1. JPN Perlis (En.Ahmad Nordin bin Awang)
2. JPN Kedah (En. Nazri bin Hamid)
3. JPN Pulau Pinang (En.Suhaimi Osman)
4. JPN Perak (En. Wan Salahuddin)
5. JPN Selangor (En. Abd Najeh bin Asmuin)
6. JPN Negeri Sembilan (En. Adnan bin Abdul Hamid)
7. JPN Melaka (En. Ridzuan)
8. JPN Pahang (En. Hasdan bin Hasan)
9. JPN Kelantan (En. Azlisham)
10. JPN Johor (En. Lokmanulhakim)
11. JPN Terengganu (En. Awang bin Sulong)
12. JPN Sarawak (Puan Julia)
13. JPN Sabah (En. Suffian Jasmani@ Amran)
14. JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (En. Suhaimi bin Mustafa)

SUMBER: PORTAL RASMI KPM

Wednesday, May 23, 2012

KEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT PPPS & PPPLD

INFORMASI BERKAITAN KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA DI KPM.

MUAT TURUN SLIDE PELAKSANAAN NAIK PANGKAT BAGI PPPS DAN PPPLD.

Muat turun
Slide Surat Pelaksanaan NP PPP

Monday, May 21, 2012

SKOR KOMPOSIT & BAND SK LKTP ULU JEMPOL BAGI TAHUN 2011

UNTUK MAKLUMAN SEMUA WARGA SK LKTP ULU JEMPOL.





Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH PASUKAN SOFBOL MSSD PAHANG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN SOFBOL PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN MSSD MARAN YANG TELAH BERJAYA MENGGONDOL NAIB JOHAN PADA KEJOHANAN SOFBOL MSS PAHANG 2012 YANG BERTEMPAT DI ROMPIN.

TAHNIAH KEPADA FARAH NURAISYAH, NUR FATIHAH, WAFA', INTAN SYAZWANI, NUR FATIN AMIRA, NURATIQAH & NUR ANISHA NABILA YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA SKUJ PADA KEJOHANAN KALI INI.



TAHNIAH JUGA KEPADA PASUKAN SOFBOL LELAKI BAWAH 12 TAHUN WALAUPUN GAGAL MENGGONDOL PINGAT. TAHNIAH KEPADA DANIEL HAKIM, FIRDAUS, KHAIRIL NAJMI & KHAIRUL IKHWAN YANG TURUT MENGHARUKAN NAMA SKUJ.


TAHNIAH KEPADA JURULATIH ISF (INTERNATIONAL SOFTBALL FEDERATION) IAITU CIKGU MOHD SAZALLI YG TURUT MNEGHARUMKAN NAMA SKUJ. TIDAK LUPA JURULATIH UTAMA CIKGU NIK MOHD ROMDZAN, PENOLONG JURULATIH EN. MOHD FITRI SERTA PENGURUS PASUKAN SOFBOL SKUJ IAITU GPK KOKURIKULUM CIKGU AZLAN BIN HASAN.


PERUNTUKAN RIMUP 2012

SEBAGAIMANA SEMUA SEDIA MAKLUM, PELAKSANAAN PROGRAM RIMUP SEKARANG BERADA DI BAWAH BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BKK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

BERIKUT KENYATAAN RASMI DARIPADA BKK MENGENAI PERUNTUKAN RIMUP BAGI TAHUN 2012.

"Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telahpun menerima peruntukan bagi mengendali program RIMUP tahun 2012. Berdasarkan kepada perancangan dalam mesyuarat yang telah diadakan pada 17 Mei 2012 bersama-sama dengan Ketua-Ketua Unit Kokurikulum peruntukan ini akan diturunkan kepada JPN selewat-lewatnya pada minggu kedua Jun 2012. Peruntukan yang akan dibekalkan ialah dalam bentuk OS 42000 dan OS 29000.
Sebagai persediaan melaksanakan program, BKK telah menganjurkan kursus JU Negeri bagi Zon Utara dan Zon Tengah. Kursus-kursus bagi negeri-negeri di Zon Timur Zon Selatan di Semenanjung Malaysia, Sabah/Labuan dan Sarawak akan dianjurkan sebaik sahaja tempat dapat ditentukan."

SUMBER: PORTAL RASMI KPM 

Friday, May 18, 2012

Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012



(Video credit to peraknewstudio)

SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE


UNTUK SEMAKAN, KLIK IMEJ DI ATAS ATAU LAYARI DI SINI (PANGKAT)

Wednesday, May 16, 2012

APLIKASI KENAIKAN PANGKAT - ePANGKAT


TAHNIAH BEKAS PENGARAH JABATAN PELAJARAN PAHANG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATUK AHMAD AZMEY BIN ABU TALIB (BEKAS PENGARAH JABATAN PELAJARAN PAHANG) YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG DARIPADA 4 TOKOH GURU KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2012.

BERIKUT PROFIL BELIAU:-


NAMA: Datuk Ahmad Azmey Abu Talib 

JAWATAN: Pengarah Pendidikan dan Latihan Felda 

TARIKH LAHIR: 13 September 1950 

ASAL: Kampung Benta, Langgar, Pekan, Pahang 

ANAK: Ahmad Farhan (30), Amirul Fadzi (28), Fakhrul Hakam (26) dan Farah Liana (24) 

PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Umum, Langgar, Pekan; Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis; Institut Bahasa Lembah Pantai; Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah dan Perhubungan Antarabangsa), Universiti Malaya; Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Perniagaan, Universiti of Michigan, Amerika Syarikat 

PENGALAMAN BEKERJA: Guru di SMK St Thomas dan SMK Sungai Lembing, Kuantan; pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Perguruan Sultan Idris), Tanjung Malim dan Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia London, England 

JAWATAN TERDAHULU: Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang

GURU BERINOVASI GURU BERKUALITI

Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin

KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
"Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. 

SENARAI PENERIMA ANUGERAH TOKOH HARI GURU 2012

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012:-

Datuk Omar Mohd Hashim -  Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Tokoh Guru Kebangsaan 2012:-

1) Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib
2) Bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Teknik Tawau, Sabah, Datuk Mary Yap Kain Ching
3) Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Klang, Selangor, Mohd Azman Abdul Rashid
4) Bekas Guru Cemerlang Kimia di Sekolah Menengah Sains Selangor, Lim Ia Lee

Tokoh Guru Sekolah Swasta 2012:-

Datuk Hassan Harun - Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Wadi Sofia