NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, May 12, 2010

Pemantauan Pentadbiran & Kewangan Sekolah

Rabu (12 Mei 2010) : SKUJ telah menerima lawatan Penolong Pegawai Pendidikan  Daerah Maran (Rendah) En. Abidin bin Manan untuk PEMANTAUAN PENGURUSAN SEKOLAH DAN KEWANGAN sekolah rendah. Pemantauan berkisar kepada fail-fail rasmi sekolah, urusan pentadbiran dan kewangan sekolah. 

Lawatan bertujuan untuk memastikan pengurusan sekolah terutamanya kewangan diuruskan dengan lengkap dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting bagi memastikan pengurusan kewangan sekolah diuruskan dengan sempurna demi memastikan tidak berlaku sebarang masalah dan penyelewengan.

Diharap dengan pemantauan rutin tersebut pihak pengurusan sekolah dan keseluruhan guru amnya dapat meneruskan kesinambungan kelancaran pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan sekolah.

-PENGURUSAN CEKAP MENJAMIN SEKOLAH GEMILANG-

No comments:

Post a Comment