Jadual Belajar Bestari 1 - 30 Ogos | |
8 - 9 pagi | bahasa Melayu Kefahaman (latih tubi soalan) |
9 - 10 pagi | bahasa Melayu Penulisan dan tulis sebuah karangan (pilih topik) |
10.30 - 11.30 pagi | Matematik, misalnya nombor bulat dan operasi (tukar topik baru mengikut kefahaman) |
11.30 pagi - 12.30 tengahari | Sains (mulakan dari topik yang senang untuk mengingat) |
12.30 - 3 petang | makan/solat Zohor/rehat/tidur siang |
3 - 4 petang | latihan mengeja nama tempat/nama orang/nama benda, dan latihan melukis gambar rajah sains |
4 - 5 petang | latihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Matematik daripada buku latihan oleh penyusun/penerbit ternama. Kemudian semak jawapan daripada contoh jawapan. Sebaik-baik latihan ini diperiksa oleh ibu bapa atau sanak saudara yang prihatin |
6.30 - 6.45 petang | mandi |
7 - 7.25 petang | makan malam. Makan pada waktu begini baik diamalkan sebab anda boleh khusuk melakukan solat Maghrib dan semasa belajar sejam kemudian anda tidak mudah mengantuk disebabkan makanan sudah hadam |
7.25 - 7.45 malam | solat Maghrib |
8 - 8.30 malam | mengikuti siaran berita daripada televisyen atau radio dan cuba contohi cara betul menyebut perkataan, nama orang, nama tempat, dan pembinaan ayat |
8.30 - 9 malam | rehat/solat Isya |
9 - 10 malam | bahasa Inggeris. Bagi perkataan, pastikan anda menghafal ejaan, ejaan, makna, selok-belok bahasa serta tatabahasa |
10 - 11 malam | latihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Sains |
11.30 malam - 6 pagi | tidur |
ENTRI TERKINI
Wednesday, June 30, 2010
Jadual Belajar Bestari 30 Hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment