NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Thursday, July 1, 2010

Cadangan Pemansuhan UPSR

Setelah lenyap isu PPSMI lantaran pemansuhan pelaksanaannya, muncul satu isu baru yang semakin menjadi topik perbualan dan perdebatan golongan pendidik mahupun orang ramai. Isu yang dimaksudkan ialah Pemansuhan UPSR dan PMR. Idea pemansuhan diutarakan oleh Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri berdasarkan kepada penelitian Kementerian Pelajaran Malaysia yang merumuskan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan. 

Ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin " Ia langkah baik... UPSR sebenarnya lahir sebagai peperiksaan pemilihan ke sekolah menengah. Ia satu kesinambungan untuk peperiksaan selepas Tahun Enam yang pernah diadakan dulu dikenali sebagai MSSEE (Malayan Secondary School Entrance Examination). Namun hanya 30 peratus murid diambil, selebihnya dimasukkan ke sekolah lanjutan.

Apabila dilakukan kenaikan darjah secara automatik, maka peperiksaan pemilihan tiada guna lagi kecuali untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jadi, murid naik darjah tak berasaskan pemilihan tetapi kerana umur, maka lahirlah masalah buta huruf. Di sinilah UPSR tidak mengikut tujuan asalnya.

PMR pula penggantian untuk masuk ke Tingkatan Empat. Siapa tak berjaya kena ulang, tapi bila ada sistem kenaikan automatik, fungsi asalnya juga tiada lagi. Untuk saya, dari segi itulah ia tak relevan. Saya sudah mencadangkan pemansuhan sistem peperiksaan ini tiga tahun lalu kerana ia tak lagi relevan dengan tujuan asal. Kalau kita lihat UPSR dan PMR hari ini, kebanyakan jawapan adalah objektif, pakai agak-agak pun boleh, tiada lagi pemikiran. Jadi kementerian harus sediakan sukatan pelajaran sesuai, apa harus murid belajar ketika Tahun Satu dan Tahun Dua, apa pula diajar di Tahun Tiga dan Tahun Empat. 

Reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad "Peperiksaan walau dalam apa sistem sekali pun, tetap perlu diadakan kerana ia satu bentuk ujian untuk menilai kebolehan seseorang. Apa yang perlu dinilai sebenarnya adalah kaedah pelaksanaan dan bukannya peperiksaan itu semata-mata. Kita perlu pastikan sistem yang akan diperkenal menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada sedia ada, termasuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran pelaksanaan dan berbaloi diperkenal menggantikan dua peperiksaan terbabit. Walau apa keputusan sekali pun (mansuh UPSR dan PMR atau tidak), sekurang-kurangnya satu jenis ujian perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan orang."

Reaksi Anuar Ahmad (Pensyarah UKM , Pakar pendidikan) " Sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombakBagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum"

Reaksi Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan " Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik. Pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata.

Reaksi Abdul Aziz A'zmi Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia "Ubah format UPSR. Alternatif yang mungkin boleh dilaksanakan ialah mengekalkan UPSR tetapi konsep atau format peperiksaan itu perlu diubah, tidak hanya berteraskan peperiksaan bertulis sahaja tetapi mungkin boleh ditokok tambah dengan elemen lain dengan turut menyertakan pemarkahan dalam pencapaian luar kelas, keterampilan, mock interview atau kerja kursus mengikut tahap kesesuaian peringkat umur pelajar supaya lebih dinamik dan mengikut spesifikasi yang diinginkan dalam melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan tidak terlalu bergantung dengan keputusan peperiksaan bertulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment