NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, July 18, 2010

Hebahan Kedua: Penyakit HFM (Hand,Foot Mouth)

Sila ambil perhatian terutamanya ibubapa yang mempunyai anak @ pelajar berusia di antara 7 tahun ke bawah. Terdapat laporan mengenai penyakit tersebut menyerang pelajar kita!!!

Sila ambil langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang sewajarnya sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami mana-mana simptom penyakit Tangan Kaki dan Mulut.

Simptom / Gejala



- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39'C
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.





Komplikasi
-Radang serta Inflamasi Otak Meningitis
-Radang Otot Jantung - Miocarditis
-Epilepsi / Fits : Sawan
- Maut

Hubungi Doktor sekiranya:-

- Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
- Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
- Demam lebih tiga hari
- Sakit mulut semakin teruk
- Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.




Langkah-langkah Pencegahan:-


- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor



Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment