Sedikit maklumat kesihatan berkaitan dengan sitausi terkini yang berlaku di Felda Ulu Jempol iaitu mengenai penyakit LEPTOSPIROSIS yang telah meragut 6 nyawa penyelamat dan orang awam yang turut serta terlibat dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Lubuk Yu minggu lepas.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.
Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah
penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota
tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan
panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk
disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai
dan arnab.
Tanda-tanda / simptom:
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih
kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala
yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur
kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Langkah pencegahan:
1) Elakkan mengunjungi kawasan air bertakung.
2) Elakkan bersentuhan dengan binatang
3) Basuh tangan dan anggotan badan dengan sabun anti-kuman
4) Elakkan faktor penarik terhadap binatang bawaan penyakit seperti tikus (jaga kebersihan)
5) Kurangkan aktiviti luar di musim hujan
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini INFOSIHAT
No comments:
Post a Comment