NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, December 1, 2010

Sesi Brainstorming atau 'Percambahan Idea' melalui medium ICT

Biasanya sesi Brainstorming atau percambahan idea dilakukan dalam satu kumpulan bertujuan untuk mengenalpasti idea-idea baru yang relevan untuk sesebuah organisasi. Dalam konteks dunia pendidikan terutamanya sekolah, sesi percambahan idea ataupun brainstorming penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.


Kewujudan laman sosial FACEBOOK turut membantu sesi 'brainstorming' secara tidak rasmi di mana semua pengguna Facebook boleh membincangkan sesuatu masalah dan dalam masa yang sama boleh melontarkan sebanyak mungkin idea-idea ataupun saranan yang relevan dan sesuai dengan sesuatu isu yang dibincangkan.

SKUJ melalui laman Facebook rasminya turut meberi peluang kepada semua 'Rakan Facebooknya' untuk menyumbang saran apa jua idea dengan satu matlamat iaitu ke arah kecemerlangan pendidikan di SKUJ.
Sama-sama kita manfaatkan kepesatan teknologi ICT untuk kecemerlangan...!!!


No comments:

Post a Comment