NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, May 1, 2012

SEJARAH KESULTANAN NEGERI PAHANG

Sejarah Kesultanan Pahang
Negeri Pahang Darul Makmur merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Kemasyuran dan kehebatan namanya itu pada masa dahulu, menjadi rebutan kerajaan sekeliling. Menurut kajian oleh ahli-ahli sejarah, terdapat banyak bekas-bekas lama yang membuktikan kepandaian orang yang telah membuka negeri ini. Pada zaman dahulu, pemerintah Pahang pernah mengadakan hubungan dan menghantar ufti bunga emas ke Negara China.

Menurut riwayat tua, pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja. Keturunan raja-raja Melaka adalah yang paling lama berkuasa di Pahang iaitu selama lebih 200 tahun bermula daripada Sultan Muhammad Shah (1469-1475) hingga kepada Sultan Mahmud Shah yang termasyur di dalam sejarah “Al Marhum Mangkat Dijulang” pada tahun 1699.

Sebagaimana yang terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang. Maharaja Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.

“Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang, dibawa kepada Seri Bija Diraja.”

(Shellabear (ed),1977: hal 74-75)

BACA SELANJUTNYA DI SINI



No comments:

Post a Comment