Pendaftaran pelajar lama dan kemasukan pelajar baharu ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Pahang ditangguh kepada tarikh baharu. Pendaftaran bagi pelajar lama akan dilakukan pada 13 Januari manakala pelajar baharu pada 14 Januari 2013.
"Dewan makan dan kuarters guru juga didapati tidak selamat untuk diduduki ekoran banjir kilat yang berlaku pada 24 Disember lepas yang menyebabkan tebing berhampiran sekolah itu runtuh," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, pihak sekolah sedang mencari penempatan sementara bagi menempatkan pelajar sebelum sesi persekolahan dibuka semula.
No comments:
Post a Comment