NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, April 19, 2010

Lagi Pelajar Sekolah Mengalami ILI (Influenza Like Illness)

Situasi Semasa Influenza A (H1) N119 April 2010


Sehingga jam 8:00 pagi pada 19 April 2010, Kementerian menerima hanya satu laporan kejadian kluster ILI. Kejadian kluster tersebut berlaku di SMK Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa Rawang, Selangor melibatkan dua orang pelajar. Seorang diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi dimasukkan ke wad. Kedua-duanya diberi rawatan antiviral.  Kementerian masih menunggu keputusan sampel tekak yang diambil. (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti.  Masyarakat  perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. 


Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.


-JANGAN TANGGUH RAWATAN JIKA MENGALAMI DEMAM, BATUK DAN SELSEMA...!!!-