NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, May 2, 2010

Langkasuka? Tanah Melayu? Malaysia?

Tahukah anda?


Nama MALAYSIA telah digunakan secara meluas merujuk kepada Kepulauan Melayu berdasarkan pada peta yang diterbitkan di Chicago, AS pada tahun 1914. (sumberThe New Student's Reference Work. 1914)

Ahli politik Filipina pernah menyuarakan pendapat untuk menamakan negara mereka sebagai MALAYSIA. (sumber: Sakai, Manako. Reviving Malay Connections in Southeast Asia)


Semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, nama lain yang disarankan ialah LANGKASUKA. (sumber: Suarez, Thomas. Early Mapping of Southeast Asia, pp. 46–47.)


Kepulauan Indonesia pernah dinamakan sebagai MELAYUNESIA oleh seorang Pakar Kaji Etnik Inggeris pada tahun 1850. (sumber: Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA): 119)