NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Thursday, April 29, 2010

10 Lagi Pelajar Positif H1N1!!!

10 daripada 11 pelajar dari 2 buah sekolah bersaingan telah disahkan POSITIF H1N1 mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kem. Kesihatan Malaysia setakat jam 8.00 pagi 29 April 2010. Berikut laporan penuh kes H1N1 melibatkan sekolah:-
  1. SK Bandar Baru Seri Petaling KL - 5 POSITIF
  2. SJKC Jalan DAvidson Kl - 6 POSITIF
sumber: KKM

Tuesday, April 27, 2010

Asas PKKP


Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan (PKKP)
Sejak dilancarkan pada tahun 1995, Program PKKP telah berevolusi menjadi suatu sistem yang berkembang dan menyerap segala perubahan, sekaligus menjana kecemerlangan pendidikan di negeri Pahang Darul Makmur....

Sunday, April 25, 2010

Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Pendapat orang luar diteliti sebelum laksana dasar: TPM

Berita Harian Online: 25 April 2010

KUALA KUBU BHARU: Kementerian Pelajaran akan menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mengambil kira pendapat pelbagai pihak mengenai isu pendidikan negara dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

H1N1...Demam Denggi...

25 April 2010 : Sedikit informasi terkini berkaitan status semasa  penyakit di atas di negeri Pahang

H1N1
  • 16 orang pelajar MRSM Bentong Pahang disahkan mengalami kluster ILI (simptom-simptom menyerupai H1N1). Kesemua masih menunggu keputusan sampel positif H1N1.

-Cegah H1N1. Amalkan Cara Hidup Sihat-

Demam Denggi

Menurut laporan yang dipetik dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga minggu ke 14/2010, sebanyak 370 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negeri Pahang dengan satu kes kematian. Kes terkumpul bagi minggu ke 14 adalah sebanyak 24 kes. Jumlah kes seluruh negara setakat minggu ke 14/2010 adalah sebanyak 13,866 dengan 47 daripadanya dilaporkan meninggal dunia.


Lokaliti 'Hot Spot' bagi demam denggi di Pahang dilaporkan di Taman Indera Mahkota 6 Kuantan.

-Tiada Aedes Tiada Denggi-

Saturday, April 24, 2010

Cinta Di Tolak, Pelajar Cuba Bunuh Diri...

KANGAR: Tertekan diejek rakan kerana cinta ditolak dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit, semalam.



Terkejut Dibuang Sekolah


myMetro: 24 April 2010

KUALA TERENGGANU: Akibat kerap datang lewat ke sekolah, seorang lagi pelajar tingkatan lima di sini mengadu sering ditampar guru disiplin, dihalau pulang dan akhirnya pada minggu lalu, dia dibuang sekolah.


Tambah Peluang Guru Ambil PhD Wajar - PIBGN

Berita Harian Online: 24 April 2010

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyifatkan langkah kerajaan menambah tempat kepada guru yang mahu melanjutkan pengajian doktor falsafah (PhD) dan sarjana adalah suatu yang wajar untuk meningkatkan status akademik tenaga pengajar.

Friday, April 23, 2010

Lagi Kes H1N1 Di Sekolah...

Setakat 8.00 pagi 23 April 2010,  7 buah sekolah di seluruh negara dilaporkan mempunyai tanda-tanda jangkitan H1N1 (ILI) di mana seramai 149 pelajar daripada sekolah tersebut mengalami tanda-tanda ILI. Kesemua 149 pelajar masih menunggu keputusan sampel H1N1.
(klik pada imej untuk paparan lebih besar)

Thursday, April 22, 2010

Pelajar Oh Pelajar...

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.

Guru Lelaki...Oh Guru Lelaki...

Nisbah pengambilan guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan


HULU SELANGOR 16 April 2010 – Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zarkashi.

Insentif Menarik Untuk Warga Sekolah...


KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010 ini.

Apa Nak Jadi Dengan Pelajar Sekarang...

Rosak 9 kereta guru

PETALING JAYA (14 April 2010) : Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan setan kecil apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.


Imbas Kembali...


HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

4 Lagi Pelajar Positif H1N1...!!!


Setakat jam 8.00 pagi 22 April 2010, seramai 4 orang lagi pelajar (3 sekolah rendah, 1 tadika) telah disahkan positif H1N1 manakala 30 orang pelajar dari tiga sekolah berlainan sedang menunggu keputusan sampel positif H1N1.



Amalkan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Elakkan aktiviti luar yang terdedah kepada risiko jangkitan. Dapatkan rawatan awal sekiranya mengalamai simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekak dan selsema.

Ingat...!!! H1N1 adalah 'air-borne disease' iaitu penyakit yang merebak melalui udara. Sesiapa saja berisiko untuk mendapat jangkitan H1N1. Sama-sama kita amalkan langkah-langkah pencegahan demi menjaga kesihatan kita semua.

-Pelajar Sihat...Sekolah Cemerlang-

Wednesday, April 21, 2010

Kes Terbaru H1N1 Melibatkan Pelajar Sekolah

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 21 April 2010

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, 2 sekolah dan tadika terbaru yang dilaporkan mempunyai kes jangkitan H1N1 di kalangan pelajar ialah :-
  1. SMK Alam Megah, Shah Alam (2 pelajar POSITIF H1N1)
  2. Sek. Men Seri Serating Marang Terengganu (7 disyakki - masih menunggu keputusan)
  3. Tadika Little Caterpillar Childcare Centre Sarawak (2 pelajar POSITIF H1N1)
(klik pada imej untuk paparan lebih besar)


Diharap para ibubapa dan guru dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan sentiasa memantau keadaan kesihatan murid-murid SKUJ. Sila dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan ILI (Influenza Like Illness) seperti demam, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit-sakit badan.

-CEGAH SEBELUM PARAH-

Monday, April 19, 2010

Lagi Pelajar Sekolah Mengalami ILI (Influenza Like Illness)

Situasi Semasa Influenza A (H1) N119 April 2010


Sehingga jam 8:00 pagi pada 19 April 2010, Kementerian menerima hanya satu laporan kejadian kluster ILI. Kejadian kluster tersebut berlaku di SMK Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa Rawang, Selangor melibatkan dua orang pelajar. Seorang diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi dimasukkan ke wad. Kedua-duanya diberi rawatan antiviral.  Kementerian masih menunggu keputusan sampel tekak yang diambil. (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti.  Masyarakat  perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. 


Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.


-JANGAN TANGGUH RAWATAN JIKA MENGALAMI DEMAM, BATUK DAN SELSEMA...!!!-

Sunday, April 18, 2010

Sekolah Perlu Ambil Langkah Proaktif Tangani H1N1

Terkini...!!! 
(setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010)
  • 2 orang pelajar SJKC SG JERIK MARAN POSITIF H1N1 (sumber: PPD Maran)
  • 2 orang pelajar SJKC Sin Hwa Batu Pahat Johor POSITIF H1N1.
  • 2 orang pelajar SPB Integrasi Kerdau Temerloh Pahang positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1
  • 13 orang pelatih PLKN Kem Indera Pahlawan Jengka 6 Maran Pahang menghidap ILI (Influenza Like Illness) dan sedang menunggu keputusan sampel positif H1N1 setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010.  
  • 9 orang pelajar SMA Ad-Diniah Al-Islamiah Kuala Kangsar Perak POSITIF H1N1
  • 3 orang pelajar Tadika Sri Merdeka Batu Pahat Johor positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1

(klik pada imej untuk paparan lebih besar)

Semua pihak terutamanya sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah proaktif dan tindakan pencegahan awalan bagi membendung penularan kembali sindrom H1N1 atau ILI (Influenza Like Illness) berikutan beberapa kes ILI telah dikesan di beberapa tempat seluruh negara.


Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM melalui kenyataan Media beliau bertarikh  15 April 2010 telah menggariskan beberapa langkah pencegahan dan tindakan proaktif yang perlu diambil oleh semua pihak sekolah dalam menangani penularan H1N1 di sekolah.


Sila rujuk kenyataan media di bawah.






Tuesday, April 13, 2010

Skim Baucer Tuisyen kembali...!!!!

Mesyuarat semua guru GPK HEM di Pejabat Pelajaran Maran pada 13 April 2010 yang lepas telah menetapkan bahawa Skim baucer Tuisyen telah kemali utnutk dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dnegan hasrat kerajaan dalam mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun skim tersebut hanya akan dilaksanakan kepada pelajar Tahun 6 sahaja.

Tempoh pelaksanaan akan bermula April dan akan berakhir pada Septmber 2010.

Sebarang makluman terbaru akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Harap maklum. 

Monday, April 12, 2010

Majlis Perasmian Laman Blog SK (LKTP) Ulu Jempol

Isnin (12 April) : Hari ini merupakan detik yang bersejarah dan bermakna buat seluruh komuniti bestari SKUJ. Setelah hampir sebulan dibina (dan masih menjalani proses kemaskini), laman log rasmi SKUJ telah dirasmikan oleh Guru Besar sejurus selepas perhimpunan mingguan.

Guru Besar dalam ucapannya telah melahirkan rasa gembira dan teruja di atas terbinanya lama blog ini kerana menurut beliau dengan perkembangan arus teknologi maklumat masa ini, generasi pendidik dan warga sekolah keseluruhannya tidak wajar ketinggalan dalam kepesatan dan kemajuan teknologi yang tiada noktah penghujungnya.

Menurut Guru Besar lagi, dengan adanya laman blog ini, diharapkan pelajar dan juga warga guru dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam pencarian maklumat serta perkongsian ilmu pengetahuan. 

Untuk para guru dan pelajar semua, alamat blog sekolah adalah seperti berikut 

http://skulujempul.blogspot.com

Diharap dengan lahirnya blog rasmi sekolah ini, ianya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga SK (LKTP) Ulu Jempol.

Selamat berblog semua!

Friday, April 9, 2010

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pahang (Sekolah Rendah)

Dua orang pelajar SK (LKTP) Ulu Jempol telah terpilih menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pahang pada 11 April 2010 (Ahad) bertempat di Temerloh Pahang. Mereka yang dimaksudkan ialah  Adik Shahrul Faiz (6 Bestari) dan Adik Nurul Marsha (4 Arif) 

Ketika 'posting' ini ditulis, kedua-dua pelajar tersebut sedang giat menjalani latihan fasa akhir di Jengka 16 diiringi Cikgu Sazalli selaku Jurulatih.

Adik Shahrul Faiz & Adik Nurul Marsha ketika memenangi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Monday, April 5, 2010

Usik-usik Guru

Laughter is the best medicine...