NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Saturday, December 17, 2011

CUTI, CYBER CAFE DAN MURID


Moral: 

1) Manfaatkan masa terluang (cuti) dengan perkara berfaedah.
2) Manfaatkan teknologi maklumat (ICT) dengan betul.
3) Pantaulah anak-anak/murid sepanjang cuti khususnya ibubapa dan penjaga.
4) Bekalkan murid-murid dengan latihan / lati tubi sepanjang cuti sekolah.
5) Jangan hanya mengejar keuntungan sehingga sanggup menggadai masa depan generasi akan datang (khusus untuk pemilik cyber cafe)

Kartun ehsan www.tutor.com.my

INFO BIASISWA YAYASAN PAHANG

Maklumat penting yang setiap ibubapa dan pelajar patut tahu mengenai Yayasan pahang adalah informasi pembiayaan pendidikan (biasiswa, pinjaman dan penajaan) (sumber: Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/)

Biasiswa : Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.



Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)
Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-


1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Rakyat/Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan. 3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.

Baca lagi....