NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, May 4, 2010

Kes H1N1 di sekolah Pahang

2 buah  lagi sekolah di negeri Pahang mempunyai tanda-tanda jangkitan H1N1 seperti yang dilaporkan pada 4 Mei 2010 (jam 8 pagi):-

  1. SM Sains Sultan Ahmad Shah Kuantan - 9 orang masih menunggu keputusan sampel positif H1N1
  2. SMK Tekek, Rompin - 5 orang masih menunggu keputusan sampel positif H1N1
Tiada kes jangkitan dilaporkan di sekolah rendah setakat ahri ini.

-AMALKAN CARA HIDUP SIHAT-

Sekolah Bebas Dadah?


TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru ini.

Ayuh Guru Jom Jadi Penulis!!!


KUALA LUMPUR 2 Mei - Pendidik yang berminat untuk menghasilkan buku dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran boleh menemui Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. untuk merealisasikan impian anda. Pengarah Urusannya, Mok Sheau Bin berkata, syarikatnya bersedia menjadi platform kepada pendidik yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk diterbitkan sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin.

Isu Beg Sekolah Berat


Kajian
(Persatuan Pengguna Pulau Pinang) : Hasil kajian tempatan bertajuk Beban Beg Sekolah dan Kesannya ke atas Otot Erector Spinae dan Sakit Belakang Dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005) mendedahkan 58.3 peratus kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.