NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, February 27, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KELOMPOK JEMPOL 2012

KEJOHANAN DIJADUALKAN PADA 29 FEBRUARI 2012 RABU BERTEMPAT DI STADIUM MSN BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA.




MISI SKUJ:-

1) MERANGKUL JOHAN KESELURUHAN ZON JEMPUL
2) MEMECAH REKOD KUTIPAN PINGAT EMAS
3) MEMPERTAHAN REKOD 100M PEREMPUAN B12 MSSD MARAN
4) MENCIPTA REKOD-REKOD BARU ACARA DIPERTANDINGKAN

BERITA DARI AKHBAR : Jangan pandang remeh PIBG - Yahya



PUTATAN 19 Feb. - Ibu bapa di negeri ini diminta tidak memandang remeh terhadap kepentingan menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, ini kerana mesyuarat PIBG merupakan medium penting bagi ibu bapa membincangkan perkembangan anak- anak mereka di sekolah.

"Pelbagai isu berkaitan biasanya dibincangkan dalam pertemuan itu yang boleh meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

"Anak-anak juga akan berasa bersemangat apabila mengetahui ibu bapa mereka menghadiri mesyuarat PIBG," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PIBG SMK Tansau, Mohd. Faizal Baniamin dan Pengetua SMK Tansau, Datin Patimah Ali.

Yahya berkata, semua ibu bapa harus sedar mengenai pentingnya PIBG dalam perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Katanya, PIBG juga menjadi platform bagi memupuk persefahaman antara guru dan ibu bapa.

Dalam pada itu, beliau berkata, jalinan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru menjadi pemangkin kepada pencapaian setiap pelajar.

"Oleh itu, bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah semata-mata," ujarnya.

Utusan Malaysia: 20 Februari 2012

PROFIL AKADEMIK PMR SPM STPM 2012

Sila Muat Turun Profil Akademik bagi PPD serta peperiksaan STPM, SPM dan PMR bagi tahun 2012.

Penempatan Semula IPG Bagi Pelajar Program KPLI-SR JQAF Ambilan Jan/Feb 2012

Pelajar KPLI-SR j-QAF Ambilan Jan/Feb 2012, yang telah mendaftar di IPGK Semenanjung dan mendapat penempatan di sekolah Sabah atau Sarawak akan meneruskan latihan/interaksi di IPG Kampus Sabah atau Sarawak (mulai latihan/interaksi pada bulan Mac 2012). 


Sila semak laman web KPM mulai 5 Mac 2012 untuk mengetahui kampus penempatan Tuan/Puan. Latihan/Interaksi pertama akan bermula pada 12 Mac 2012 (Isnin).

PORTAL RASMI KPM