NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, December 10, 2012

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Tarikh Tutup Permohonan : 4 Disember 2012
Tarikh Akhir Serah Borang / Dokumen: 10 Disember 2012
UKKM : 10 hingga 13 Disember 2012

Kepada yang masih belum memohon, klik di sini: MOHON
(rujuk laman web MARA untuk maklumat lanjut)
Baca Iklan / maklumat permohonan : IKLAN/SYARAT/PROSEDUR

Sebagai hebahan awal dan perkongsian informasi bagi persediaan calon-calon UPSR 2012 yang berkemungkinan ditawarkan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2013.

Apa itu UKKM?

Ujian khas yang dilakukan sebagai proses pemilihan pelajar ke tingkatan 1 dan 4 MRSM. Hanya pelajar yang betul-betul dan menepati kriteria ujian akan terpilih.

UKKM dilaksanakan secara online. Tiada ujian bertulis.

3 aspek pengujian UKKM:-
1) Matematik
2) Sains 
3) Keperibadian 

 Format soalan adalah berbentuk PILIHAN JAWAPAN (A,B, C & D)

Contoh soalan UKKM? Tiada disertakan di dalam blog ini)

Sesi temuduga akan dilakukan sebelum UKKM dijalankan.

Tips: Jujur dan serlahkan minat terhadap sains dan teknologi terutamanya pilihan jawapan. Pilih jawapan yang cenderung ke arah sains dan teknologi. Begitu juga semasa temuduga, setiap jawapan hendaklah mempunyai kaitan dengan sains. Kenapa? 1) Maktab Rendah SAINS Mara. 2) Permohonan RAMAI. Ujian dan temuduga adalah bentuk 'shortlisting atau proses senarai pendek calon.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2013...BELUM DIBUKA


Tips Temuduga MRSM:

  1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.= TETAP PENDIRIAN & BERHEMAH
  2. Bersikap pasif semasa temuduga. = CERIA, BERSEMANGAT & RESPONSIF
  3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik. = CUBA BERTUTUR DALAM BI
  4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. = CUBA BERTUTUR DALAM BM
  5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil. = AMBIL TAHU & BUAT RUJUKAN
  6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil. = FOKUS PADA SATU KERJAYA
  7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negeri. = BANYAKKAN MEMBACA
  8. Kurang pengetahuan am. = BANYAKKAN MEMBACA
  9. Berpakaian tidak kemas. = TAMPIL KEMAS, SEGAK , BERSIH. ELAKKAN MULUT BERBAU, BADAN BERBAU dan sebagainya.
(Kelemahan calon berdasarkan laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar MRSM. Sumber: eduline)