NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, May 17, 2010

TPM Umum ganjaran Wang Tunai Untuk Guru


KUANTAN 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Menjadikan Tugas Guru BERKESAN!!!


MINGGUAN: Apa sebenarnya cabaran dalam profesion perguruan sekarang ini? 

MUHYIDDIN: Cabaran profesion perguruan tidak boleh dilihat terasing daripada cabaran lain dalam bidang pelajaran. Sebab itu sempena Hari Guru ini bukan hari untuk membicarakan soal guru sahaja.
Ucapan saya sempena Hari Guru adalah ucapan terpenting untuk menjelaskan halatuju pelajaran negara kita. Profesion perguruan pun satu perkara utama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pertama, bagaimana hendak perkukuh organisasi kementerian.