NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Friday, July 1, 2011

makmal komputer

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah
sk lktp ulu jempol
  • Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras. 
  • Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan. 
  • Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal. 
  • Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman. 
  • Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk. 
  • Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi. 
  • Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal. 
  • Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan. 
  • Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET) 
  • Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen. 
  • Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan. 
  • Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas. 
  • Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas. 
  • Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat. 
  • Pastikan anda menggunakan Usernamedan Password yang dibenarkan sahaja. 
  • Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan. 
  • Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa. 
  • Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.