NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, July 28, 2010

RMT masih diteruskan Kementerian Pelajaran Malaysia

Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Rancangan Makanan Tambahan di sekolah akan dihentikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah merujuk kepada laman web rasmi KPM, sebenarnya berita yang disebarkan hanyalah khabar angin semata-mata.


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada SMS pembaca dalam ruangan akhbar ini bertarikh 9 Julai lalu bertajuk ‘Memang tak patut Kementerian Pelajaran hentikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di semua sekolah. Rakyat susah harus dibantu. Mana slogan 1Malaysia. Harap KPM teruskan semula bantuan’. 





Dasar Kementerian Pelajaran mengenai program RMT adalah kekal dengan peruntukan bagi RMT untuk tahun ini selama 110 hari persekolahan pertama (mulai Januari hingga Julai 2010) sebanyak RM138 juta sudah diagihkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi Sabah dan Sarawak pada 7 Januari lalu.




Langkah ini dibuat bagi pemantauan kepada pelajar yang layak saja.


Baki peruntukan kedua RMT sebanyak RM99 juta diberikan kepada semua JPN di Semenanjung dan PPD di Sabah dan Sarawak pada 8 Julai lalu. 

Peruntukan tambahan RMT ini diberikan berdasarkan maklumat keperluan peruntukan yang diberikan oleh semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya. Dakwaan yang mengatakan RMT diberhentikan adalah tidak benar. 



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
Kementerian Pelajaran 

Berita: Bekas Guru Kurung 71 Orang Amah

KANGAR: Bekas guru yang juga pemilik kediaman di Taman Perlis, di sini yang diserbu pihak berkuasa selepas didakwa menjadi tempat 71 amah warga asing dikurung, dikatakan kebal daripada sebarang tindakan termasuk oleh pihak berkuasa.