NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Friday, January 20, 2012

KEPUTUSAN STAM 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 8,499 calon, 3,782 merupakan calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 adalah calon Sekolah Agama Rakyat sementara 1,462 adalah calon persendirian manakala baki 37 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi26 Januari 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam1 Februari 2012

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Januari 2012

SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 4 2012


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4)i Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 20 Januari 2012. 


SEMAKAN KE MRSM TING 1 & TING 4 2012

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI 20 JANUARI 2012 DI LAMAN WEB RASMI MARA.
SEMAKAN MELALUI SMS JUGA BOLEH DIBUAT DENGAN CARA:-

TAIP   MARA MRSM angka giliran dan hantar ke 15888"
BERMULA JAM 10.00 PAGI


SEMAK PERMOHONAN KE TING 4 MRSM


SEMAK

 SEMAK PERMOHONAN  PROGRAM MRSM ULUL ALBAB / IGSE DI SINI (SEMAK)

MRSM FELDA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


KEPADA MURID SKUJ TAHUN 6 2011 YANG BERJAYA DITAWARKAN KE MRSM FELDA...

Maktab Rendah Sains MARA FELDA Kampus Tun Abdul Razak merupakan maktab yang ke-37 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan FELDA atas cetusan minda Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Bin Tun Abd Razak justeru terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang diberi nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tanggal 30 Mac 2007. MRSM Felda ini merupakan MRSM yang kelima dibina di Negeri Perak.

Terletak di Mukim Trolak, Sungkai iaitu di Daerah Batang Padang, MRSM FELDA yang menumpang di Kolej Komuniti di Feldajaya Utara Sungkai, Perak mula beroperasi secara rasminya pada 1 Disember 2007. Maktab ini diterajui oleh Pengetua Perintisnya, Encik Saleh bin Osman dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Shahrome bin Daud dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar,YM Tengku Lukman B T. Yaacob serta 19 orang tenaga pengajar dan 16 orang kakitangan yang komited.

Adalah dijangkakan bangunan baru yang bernilai RM122 juta itu kini pesat dibangunkan di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara akan disempurnakan pada penghujung tahun 2009. MRSM FELDA kini telah menerima kumpulan pelajar perintisnya seramai 210 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tanggal 18 Februari 2008.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang ditumpangkan di pelbagai MRSM akan dipanggil kembali untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan 2 di MRSM Felda akan diberi nama baru yang lebih bermakna dan gah sebagai MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak mulai 2010.

Kumpulan perintis ini dengan penuh semangat mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA dan FELDA sebagai usaha untuk memartabatkan Bangsa Melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam mendepani proses globalisasi. MRSM FELDA akan bergerak maju dengan slogan maktab "Transformasi Menuju Kejuaraan".

Pada tanggal bersejarah 7 Julai 2010, Dato’ Sri Najib Bin Tun Abd Razak telah merasmikan MRSM ini sempena dengan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan lebih 10,000 warga Felda di MRSM ini.

SUMBER: MRSM FELDA (http://www.mrsmfelda.edu.my/v2)