NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Saturday, August 21, 2010

Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010 SKUJ

Pada 20 Ogos 2010 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 peringkat SKUJ. Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKUJ iaitu En Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail dan diserikan dengan kehadiran naib Yang DiPertua PIBG SKUJ iaitu En Alias bin Ahmad mewakili YDP PIBG yang tidak dapat hadir.

Majis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Sekolah dan Lagu Jalur Gemilang. Majlis turut diwatnakan dengan tayangan video Semangat Kemerdekaan yang menceritakan perjuangan tokoh-tokoh negara dalam memperjuang kemerdekaan tanah air. 

Sesi Kuiz Merdeka dijalankan selesainya sesi tayangan video dan beberapa orang murid telah berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Aktitvit Mewarna Merdeka diadakan sejurus selepas berakhirnya Majlis Perasmian tersebut di mana semua pelajar Tahun 1-5 menunjukkan bakat mewarna masing-masing. Keputusan akhir senarai pemenang akan diumumkan pada Majiis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 yang dijadualkan pada 15 Ogos 2010 nanti.

Berikut antara detik-detik yang sempat dirakamkan.

1Malaysia Menjana Transformasi





Cikgu Norhashimah & Adik ALia Fatini di SK Desa Jaya

Pada 17 Ogos 2010 yang lalu, 2 orang wakil dari SKUJ telah dijemput khas bagi memeriahkan Majlis Perasmian Program Kembara Buku 2010 Peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Jaya. Mereka adalah Cikgu Norhashimah selaku Guru Perpustakaan dan Nilam SKUJ, dan Adik ALia Fatini bt Ab Aziz selaku Tokoh Nilam Daerah Maran 2010. 

Jemputan memeriahkan majlis tersebut dianggap sebagai satu penghargaan buat mereka berdua khususnya dan SKUJ umumnya. Cikgu Norhashimah diberi penghormatan untuk memberikan ucapan berkaitan dengan program NILAM serta Kembara Buku dan beliau sempat melakukan Pengujian Kembara Buku dikalangan pelajar SK Desa Jaya. Manakala Adik Alia Fatini diberi penghormatan khas untuk menyampaikan Resensi Buku bertajuk Solat: Kabaikan Dari Perspektif Sains. 

Tahniah untuk mereka berdua...dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat mantan Guru Besar SKUJ iaitu Cikgu Azer bin Mamat di atas penghargaan yang diberikan.

Berikut antara detik-detik bersejarah yang sempat dirakamkan.



Tuesday, August 10, 2010


Majlis Jamuan Perpisahan Mantan Guru Besar SKUJ iaitu En Azer bin Mamat telah berlangsung dengan jayanya di Jerantut Rest House malam semalam (Isnin 9 Ogos 2010). Dipaparkan di sini beberapa foto kenang-kenangan antara beliau dan seluruh warga kerja SKUJ. Kepada Cikgu Azer bin Mamat diucapkan Selamat Maju Jaya di sekolah baru.


Kepada seluruh warga SKUJ yang hadir pada Jamuan Perpisahan Cikgu Azer semalam di Jerantut Rest House, jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian anda semua memeriahkan majlis yang dirancang. Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga warga SKUJ yang turut serta hadir.

Keceriaan dalam kesedihan

Thursday, August 5, 2010

Majlis Pengiktirafan Tokoh Nilam Sekolah

Bertempat di Dewan Utama SKUJ pada hari ini telah berlangsung suatu program menghargai Tokoh Nilam 2010 Daerah Maran yang juga merangkap Tokoh Nilam Sekolah iaitu Adik Alia Fatini bt Abd Aziz. program dianjurkan adalah bertujuan untuk:-

1) menghargai kejayaan Adik Alia Fatini di atas anugerah yang dimenangi
2) menanam rasa minat di kalangan pelajar lain agar dapat mencontohi kejayaan Adik Alia Fatini
3) membudayakan minat membaca di kalangan semua pelajar
4) menitikberatkan kepentingan membaca

Majlis dimulai dengan tayangan 'multimedia' sempena pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 yang telah berlangsung pada 30 Julai 2010 yang lalu di SK Bukti Tajau Maran. 

Acara kemuncak adalah 'resensi buku' yang disampaikan dengan jayanya oleh Adik Alia Fatini. Buku yang menjadi pilihan ialah 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'. Secara keseluruhannya Adik Alia Fatini menyampaikan semula 'resensi buku' tersebut sepertimana yang telah beliau sampaikan pada malam pelancaran Program Kembara Buku 2010 baru-baru ini.

Akhir program adalah ucapan oleh Guru Besar SKUJ En Azer bin Mamat. Beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada Adik Alia Fatini kerana telah mengharumkan nama SKUJ di peringkat Negeri Pahang dan Daerah Maran. Beliau turut menekankan kepentingan membaca di akhir ucapannya.

Majlis bersurai tepat jam 8.10 pagi.








Tuesday, August 3, 2010

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak