NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, January 1, 2012

SEKOLAH SUKAN


Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara. 
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135 

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028

Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM

(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring  (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan |  9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik |2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam |  8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur


Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.