NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, May 16, 2012

APLIKASI KENAIKAN PANGKAT - ePANGKAT


TAHNIAH BEKAS PENGARAH JABATAN PELAJARAN PAHANG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATUK AHMAD AZMEY BIN ABU TALIB (BEKAS PENGARAH JABATAN PELAJARAN PAHANG) YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG DARIPADA 4 TOKOH GURU KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2012.

BERIKUT PROFIL BELIAU:-


NAMA: Datuk Ahmad Azmey Abu Talib 

JAWATAN: Pengarah Pendidikan dan Latihan Felda 

TARIKH LAHIR: 13 September 1950 

ASAL: Kampung Benta, Langgar, Pekan, Pahang 

ANAK: Ahmad Farhan (30), Amirul Fadzi (28), Fakhrul Hakam (26) dan Farah Liana (24) 

PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Umum, Langgar, Pekan; Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis; Institut Bahasa Lembah Pantai; Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah dan Perhubungan Antarabangsa), Universiti Malaya; Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Perniagaan, Universiti of Michigan, Amerika Syarikat 

PENGALAMAN BEKERJA: Guru di SMK St Thomas dan SMK Sungai Lembing, Kuantan; pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Perguruan Sultan Idris), Tanjung Malim dan Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia London, England 

JAWATAN TERDAHULU: Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang

GURU BERINOVASI GURU BERKUALITI

Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin

KUALA KANGSAR: Guru berinovasi adalah guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
"Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. 

SENARAI PENERIMA ANUGERAH TOKOH HARI GURU 2012

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012:-

Datuk Omar Mohd Hashim -  Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Tokoh Guru Kebangsaan 2012:-

1) Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib
2) Bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Teknik Tawau, Sabah, Datuk Mary Yap Kain Ching
3) Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Klang, Selangor, Mohd Azman Abdul Rashid
4) Bekas Guru Cemerlang Kimia di Sekolah Menengah Sains Selangor, Lim Ia Lee

Tokoh Guru Sekolah Swasta 2012:-

Datuk Hassan Harun - Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Wadi Sofia

INSENTIF HARI GURU 2012

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan diploma sempena Hari Guru 2012.



Sejumlah 8,222 guru lepasan ijazah dan 158,831 guru lepasan diploma berpeluang dinaikkan pangkat mulai 1 Jun ini.

Disifatkan sebagai hadiah sempena Hari Guru, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu pada Majlis Sambutan Hari Guru Ke-41 Peringkat Kebangsaan di Kuala Kangsar, Perak, pagi tadi.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua guru terbabit akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat perkhidmatan mereka.

Kenaikan pangkat guru lepasan ijazah membabitkan dari Gred DG41 ke DG44 manakala guru lepasan diploma membabitkan mereka yang sedang berkhidmat dalam Gred DG34.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM 934 juta
iaitu satu jumlah besar yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul".


TONTON DI BULETIN UTAMA

SEMAK KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA PISMP AMBILAN JUN 2012

SEMAK SEKARANG...!!!

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 bagi lulusan UEC dan SMA/SMUNew

UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA: HARI GURU 2012

BERIKUT TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 41 DI KUALA KANGSAR PERAK.

Teks Ucapan Hari Guru 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA  


Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.

DOWNLOAD


Muat turun
Perutusan KPPM