- Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya/peluang yang sedang anda kejar sekarang?
- Cerita sedikit tentang diri anda.
- Apakah yang dapat memotivasikan anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya/peluang belajar pilihan anda?
- Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
- Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam hidup anda.
- Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
- Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau ilmu.
- Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
- Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
- Situasi belajar yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
- Bagaimanakah anda apabila belajar dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
- Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
- Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
- Apakah objektif pembelajaran jangka panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamathidup anda?
- Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
- Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
- Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
ENTRI TERKINI
Tuesday, November 1, 2011
CONTOH SOALAN TEMUDUGA
TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
- Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
- Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
- Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
- Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
- Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
- Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
- Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
- Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
- Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
- Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
- Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
- Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
- Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
- Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
- Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
- Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
- Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.
PERSEDIAAN HARI TEMUDUGA
- Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
- Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
- Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
- Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
- Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
- Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
Monday, October 31, 2011
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKUJ 2011
ALHAMDULILLAH PERKEHMAHAN TELAH SELAMAT DIJALANKAN DENGAN JAYANYA. PELBAGAI AKTIVITI BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA. SEMOGA SEMUA PESERTA PERKHEMAHAN MENDAPAT PENDEDAHAN DAN MANFAAT DARIPADA PERKHEMAHAN YANG DIJALANKAN.
BERIKUT ANTARA GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM SEPANJANG PERKHEMAHAN...
BERIKUT ANTARA GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM SEPANJANG PERKHEMAHAN...
Sunday, October 16, 2011
TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT...!!!
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Progam Perkongsian Ilmu Kebudayaan Malaysia dan Majlis Perasmian Galeri Warisan SKUJ pada 14 Oktober 2011 yang lalu.
Terima kasih kepada YB Dato' Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib (Ahli Parlimen Maran) di atas kesudian merasmikan Galeri Warisan SKUJ.
Terima kasih kepada YB Dato' Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib (Ahli Parlimen Maran) di atas kesudian merasmikan Galeri Warisan SKUJ.
Sunday, October 9, 2011
Pameran Kesenian Ayam Serama Jengka
SAKSIKAN PAMERAN KESENIAN DAN KEHEBATAN AYAM SERAMA JENGKA DI PROGRAM PERKONGSIAN ILMU DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SERTA MAJLIS PERASMIAN GALERI WARISAN SKUJ PADA 14 OKTOBER 2011 INI.
JOM PAKAT TENGOK AYAM SERAMA...!!!
Wednesday, October 5, 2011
Saturday, October 1, 2011
PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA
Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
- Kaunselor.
- Guru-guru kaunseling.
- Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
- Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
- Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
- Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
- Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
- Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
- Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).
Thursday, September 29, 2011
Friday, September 16, 2011
TAHNIAH...!!!
Selesai sudah peperiksaan UPSR 2011. Tahniah diucapkan kepada semua calon SKUJ yang telah berjaya menghadapi peperiksaan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibubapa dan penjaga murid tahun 6 yang telah menujukkan komitmen yang tidak berbelah bagi.
Tidak lupa penghargaan kepada semua guru SKUJ, seluruh komuniti Felda Ulu Jempol dan warga SKUJ sekalian.
Tunggu pengumuman keputusan UPSR pada 17 November 2011.
Friday, July 1, 2011
makmal komputer
Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah
sk lktp ulu jempol
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
- Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
- Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
- Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
- Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
- Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
- Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
- Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
- Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
- Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
- Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
- Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
- Pastikan anda menggunakan Usernamedan Password yang dibenarkan sahaja.
- Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
- Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
- Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.
Sunday, March 20, 2011
LAMAN BLOG 'DIREHATKAN' BUAT SEMENTARA WAKTU
MAKLUMAN: LAMAN BLOG SKUJ AKAN 'DIREHATKAN' BUAT SEMENTARA WAKTU ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI SEGALA AKTIVITI GURU DAN MURID SKUJ SILA LAYARI FACEBOOK SKUJ.
SEKIAN...HARAP MAKLUM
UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI SEGALA AKTIVITI GURU DAN MURID SKUJ SILA LAYARI FACEBOOK SKUJ.
SEKIAN...HARAP MAKLUM
Wednesday, February 9, 2011
KEJOHANAN SUKANTARA dan ACARA AWAL 2011 SKUJ
SUKANTARA dan ACARA AWAL bagi KEJOHANAN PADANG & BALAPAN TAHUNAN KALI KE-41 SKUJ akan berlangsung pada 9 & 10 FEB 2011. Kejohanan Utama akan berlangsung pada 13 Feb 2011 nanti.
Liputan penuh laporan kejohanan beserta gambar dapat diikuti di laman FACEBOOK SKUJ.
Liputan penuh laporan kejohanan beserta gambar dapat diikuti di laman FACEBOOK SKUJ.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Subscribe to:
Posts (Atom)