ENTRI TERKINI
Friday, January 6, 2012
Thursday, January 5, 2012
LATIHAN KECERGASAN PASUKAN MERENTAS DESA SKUJ 2012
HARI INI BERLANGSUNG SATU LATIHAN KECERGASAN UNTUK MEMILIH ATLIT MERENTAS DESA SEKOLAH BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA UNTUK TAHUN 2012.
PASUKAN MERENTAS DESA SKUJ TAHUN 2011 TELAH BERJAYA LAYAK KE KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS NEGERI PAHANG DAN TELAH MERANGKUL KEPUTUSAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN.
KATEGORI: PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
1) ADIK NURUL FATHIAH BINTI ZULKIFLI (TEMPAT KE-8)
2) ADIK NURUL MARSHA BINTI ZULKIFLI (TEMPAT KE-11)
BAGI TAHUN 2012, GPK KOKURIKULUM CIKGU AZLAN BIN HASAN TELAH MENSASARKAN UNTUK MERANGKUL JOHAN MERENTAS DESA (BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN) BAGI KEJOHANAN YANG SAMA.
Wednesday, January 4, 2012
Monday, January 2, 2012
DOKUMEN PENGURUSAN PANITIA BAHASA INGGERIS JPN PAHANG
BOLEH MUAT TURUN DOKUMEN PENGURUSAN PANITIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH YANG DISEDIAKAN OLEH JPN PAHANG. KLIK LOGO SKUJ DI BAWAH.
Sunday, January 1, 2012
SEKOLAH SUKAN
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR
Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
- Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
- Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
- Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:
1. Sekolah Sukan Bukit JalilKompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur.Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-905871352. Sekolah Sukan Bandar Penawar81900 Kota Tinggi, Johor.Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028
Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM
(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis
Sistem Pembelajaran
Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.
6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan | 9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik |2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam | 8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur
Sekolah Sukan Negeri
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.
Saturday, December 31, 2011
SEMAKAN KE KOLEJ VOKASIONAL SM TEKNIK SM VOKASIONAL 2012
Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 boleh dibuat mulai hari ini 31 Disember 2011 (Sabtu) di alamat di bawah.
(klik pada imej)
@
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA TERUTAMANYA BEKAS MURID SKUJ
semakan bermula 30 Dis 2011 hingga 31 Januari 2012
Friday, December 30, 2011
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
SEMAKAN PPG AMBILAN 2012
SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB RASMI KPM www.moe.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)