ENTRI TERKINI
Thursday, October 4, 2012
Tuesday, October 2, 2012
SURAT PEKELILING BANTUAN KWAPM 2012
Kategori | Pekeliling Kewangan |
---|---|
Subjek | Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2012 -Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) |
Bil. | 5 |
Tahun | 2012 |
Jabatan | Bahagian Kewangan |
Fail | Download |
Tarikh | 15/03/2012 |
SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
Subjek | Fail | Bil. | Tarikh | Kategori |
---|---|---|---|---|
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin | Download | 10 | 24/09/2001 | Pekeliling Ikhtisas |
SEMUA GURU MAIN PERANAN DALAM PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH.
GARIS PANDUAN LAWATAN SEKOLAH
MUSIM LAWATAN SEKOLAH SUDAH BERMULA TERUTAMANYA MURID-MURID TAHUN 6 YANG SUDAH SELESAI MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR.
SUMBER: PORTAL KPM
Kategori | Pekeliling Ikhtisas |
---|---|
Subjek | Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 Garis Panduan Lawatan Murid |
Bil. | 5 |
Tahun | 2007 |
Jabatan | Bahagian Pengurusan Sekolah Harian |
Fail | Download |
Tarikh | 06/06/2007 |
Subjek | Fail | Bil. | Tarikh | Kategori |
---|---|---|---|---|
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan | Download | 5 | 01/08/2002 | Pekeliling Ikhtisas |
Subjek | Fail | Bil. | Tarikh | Kategori |
---|---|---|---|---|
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan | Download | 12 | 28/07/2000 | Pekeliling Ikhtisas |
SUMBER: PORTAL KPM
Monday, October 1, 2012
CANGKUL + PENSEL = TORT
SANGAT BERGUNA UNTUK BACAAN PARA GURU.
LANGKAH-LANGKAH PENTING BAGI GURU:-
1) BERADA DI DALAM KELAS SEPENUHNYA.
2) MEMBERI PERHATIAN KHUSUS KEPADA MURID DEGIL/NAKAL
3) MEMBERI TAKLIMAT LENGKAP SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN TAJAM ATAU MERBAHAYA
4) MEMANTAU SEPENUHNYA SETIAP TINDAKAN DAN PERBUATAN MURID
5) MEMASTIKAN BILIK DARJAH SELAMAT
UNTUK GURU...JANGAN SEKADAR MELARANG MURID DARIPADA MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENCEDERAKANNYA, AMBIL TINDAKAN PROAKTIF DENGAN SEGERA AGAR TIDAK DISALAHKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN SEPERTI KES DI BAWAH...
KES KAYU HOKI
KES LAWATAN SEKOLAH
LANGKAH-LANGKAH PENTING BAGI GURU:-
1) BERADA DI DALAM KELAS SEPENUHNYA.
2) MEMBERI PERHATIAN KHUSUS KEPADA MURID DEGIL/NAKAL
3) MEMBERI TAKLIMAT LENGKAP SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN TAJAM ATAU MERBAHAYA
4) MEMANTAU SEPENUHNYA SETIAP TINDAKAN DAN PERBUATAN MURID
5) MEMASTIKAN BILIK DARJAH SELAMAT
UNTUK GURU...JANGAN SEKADAR MELARANG MURID DARIPADA MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENCEDERAKANNYA, AMBIL TINDAKAN PROAKTIF DENGAN SEGERA AGAR TIDAK DISALAHKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN SEPERTI KES DI BAWAH...
KES KAYU HOKI
KES LAWATAN SEKOLAH
"Sudah sewajarnya
seorang guru dikenakan liabiliti yang lebih berbanding pelajar
kerana tugas menjaga keselamatan pelajar diletakkan ke atas
guru dan kemampuan guru untuk menjangkakan sesuatu
perkara yang tidak diingini boleh berlaku seharusnya
mengatasi tahap pemikiran pelajar..."
Hadhariah Syed Ismail, JC High Court KL
KES JONGKANG-JONGKET / TERSADUNG
KES JONGKANG-JONGKET / TERSADUNG
Sunday, September 30, 2012
Friday, September 28, 2012
UNDANG-UNDANG FITNAH DI MALAYSIA
![]() |
Gambar kredit kepada thenewsmanual.net |
Apakah itu fitnah atau defamation?“. Menurut kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition,fitnah atau defamation adalah:
“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or tomake them shun or avoid him” – Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2ndEdition”
Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat.Contohnya: Jika A mengatakan B melakukan penipuan di dalam peperiksaan UPSR dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.
Di Malaysia, tort fitnah wujud dalam tuntutan sivil dan jenayah. Seperti cabang-cabang undang-undang tort yang lain, prinsip-prinsip dalam undang-undang fitnah atau defamation boleh dilihat dalam common law. Namun, di Malaysia kita juga ada Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil. Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502.
Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan jugaslander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakalaslander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Agak penting mengenal pasti yang mana satuslander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu). Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.
Terdapat tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak. Tiga persoalan itu adalah:-
1) Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
2) Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
3) Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke PengetahuanPihak Ketiga?
Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah. Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atautelah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang. Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat? Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan? (hatred, ridicule, or contempt [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).
“The question, then, is whether the words in their ordinary signification are capable of being defamatory. . . Judges and text book writers alike have found difficulty in defining with precision the word ‘defamatory’. The conventional phrase exposing the plaintiff to hatred, ridicule, or contempt is probably too narrow. The question is complicated by having to consider the person or class of persons, whose reaction to the publication is the test of the wrongful character of the words used. I do not intend to ask your Lordships to lay down a formal definition, but after collating the opinions of many authorities I propose in the present case the test: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally?. . . It is well settled that the judge must decide whether the words are capable of a defamatory meaning. That is a question of law: is there evidence of a tort? If they are capable, then the jury is to decide whether they are defamatory.” – Lord Atkins
Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan. Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat (hidden meaning). Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa yang perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah (Rujuk kes: Tolley v J S Fry & Sons Ltd [ 1931 ] AC 333 (HL). Fitnah sebegini juga dikenali sebagai innuendo.
Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut (claimant)harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya. Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya. Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu kita akan terlepas dari tanggungan ini. Dalam kes: J’Anson v Stewart (1787) 1 TR 478, mahkaah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut. Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada claimant. [The court found that although the claimant had not been named, the description was so detailed and the resemblance so strong that a reasonable person reading the article who knew the claimant would assume the article was about the claimant].
Bezakan kes J’Anson v Stewart dengan situasi ini pula: Jika pihak yang dituntut boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada orang lain yang menyerupai claimant, maka tuntutan claimant boleh diketepikan oleh mahkamah terutamanya jika orang yang menyerupai claimant telah suci hati dengan membenarkan suatu kenyataan ditulis mengenai dirinya. Rujuk kes: O’Shea v MGN Limited [2001] EMLR 943.
Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?
Untuk sesuatu tuntutan fitnah berjaya ia juga perlu diterbitkan atau sampai ke pengetahuan pihak ke tiga. Jika ia diutarakan kepada claimant tanpa didengari oleh mana-mana orang lain, maka claimant tidak boleh membuat di mahkamah. Begitu juga apabila claimant kita mungkin tahu (not possibly foresee) yang apa yang diutarakannya akan diterbitkan di mana-mana atau apa-apa bentuk penerbitan.
Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?
Dalam perenggan ke sembilan di atas, ada dinyatakan yang Kenyataan Itu Hendalah Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut. Jika adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk kita menuntut bagi pihak yang telah mati atau keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.
(ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN ATAS KAPASITI ADMIN DAN TIDAK MELAMBANGKAN PANDANGAN SKUJ)
Tuesday, September 25, 2012
KEDUDUKAN TERKINI MARKAH RUMAH SUKAN
PERSAINGAN MEREBUT JOHAN KESELURUHAN PADA EDISI TAHUN INI MASIH LAGI TERBUKA UNTUK SEMUA RUMAH SUKAN. KEMUNCAK PERSAINGAN AKAN BERMULA PADA HARI KHAMIS INI 27 SEPTEMBER 2012
SOALAN BAHASA ARAB TAHUN 3, 4, 5 & 6 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (P4) 2012
MUAT TURUN SEKARANG
Soalan Bahasa Arab : P4 (Peperiksaan Akhir Tahun)
SOALAN JAWI TAHUN 3 4 5 & 6 : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (P4)
MUAT TURUN SEKARANG
(DAPATKAN PASSWORD DI PEJABAT SEKOLAH)
(MUAT TURUN HANYA DIBENARKAN UNTUK GURU MATAPELAJARAN SAHAJA)
(Penafian: Pihak Admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang kebocoran soalan ke pihak lain selain guru matapelajaran Jawi SK LKTP Ulu Jempol)
Soalan Jawi Tahun 3, 4, 5 & 6
Subscribe to:
Posts (Atom)