NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, July 4, 2010

Majlis Penyerahan Wang KWAPM Zon Dun Kuala Sentul

Satu Majlis Penyerahan Wang KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) bagi Dun Kuala Sentul akan diadakan seperti yang tertera di bawah. Beberapa orang pelajar SKUJ yang layak akan menerima sumbangan wang yang akan disampaikan oleh ADUN Kuala Sentul iaitu Dato; Shahaniza bt Hj Shamsuddin.Semoga dengan sumbangan wang tersebut akan dapat sedikit sebanyak membantu keluarga dan pelajar tersebut.

Bagi DUN Kuala Sentul:
Tarikh : 6 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Jengka 3
Disampaikan oleh : ADUN Kuala Sentul
Sekolah-sekolah yang terlibat di bawah DUN Kuala Sentul : SK Jengka 1, SK Jengka 2, SK Jengka 3, SK Jengka 4, SK Jengka 5, SK LKTP Ulu Jempol, SK Kuala Sentul dan SJKC Sg. Jerik

Berikut sedikit info berkaitan dengan bantuan KWAPM.

KATEGORI PELAJAR YANG LAYAK
  • Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan KWAMP ditetapkan mengikut kategori seperti berikut :
 KATEGORI 1
  • Murid miskin tahun 1 yang tercicir daripada system persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003
 KATEGROI 2
  • Murid miskin tahun 2 – 6 yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya / di tengah-tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur 8-12 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung.
  • Pelajar sekolah menengah yang tercicir di tengah-tengah perekolahan akibat kemiskinan.
 KATEGORI 3
  • Murid miskin tahun 1 – 6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. Ini termasuk murid tahun 6 yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun berikutnya.
 KATEGORI 4
  • Murid miskin sekolah rendah /  pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes-kes kecemasan seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejas.

Saturday, July 3, 2010

Ingat sofbol ingat SKUJ...

Jutaan kemaafan dipinta di atas kelewatan memaklumkan kejayaan pasukan Sofbol MSSM Pahang Bawah 12 Tahun yang telah berlangsung di Baling Kedah bulan lepas. SKUJ turut mempunyai beberapa orang wakil pemain pada kejohanan kali ini. Adik Mohd Wai'e bin Mohd Wazir (Tahun 6 Arif) mewakili pasukan lelaki manakala Adik Rabiatul Adawiyah dan Adik Rahmatia mewakili pasukan perempuan.

Paling membanggakan ialah pasukan lelaki Pahang telah berjaya menggondol Johan pada kejohanan kali ini. Namun pasukan perempuan hanya sekadar berjaya di tempat ke lima. Walaubagaimanapun kejayaan ke peringkat kebangsaan adalah suatu kebanggaan bagi seluruh warga SKUJ.

Namun apa yang paling membanggakan ialah salah seorang guru SKUJ iaitu Cikgu Sazalli telah memainkan peranan yang cukup besar sebagai antara salah seorang jurulatih utama pasukan sofbol MSSM Pahang.

Berikut antara paparan bergambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.

My Image
Cikgu Sazali
My Image
Adik Rabiatul & Adik Rahmatia (kiri dan kanan) Cikgu Sazali

My Image
Pasukan Lelaki Sofbol Pahang
My Image
Adik Mohd Wai'e (Tahun 6 Arif) selaku Pemukul Utama

My Image
Adik Mohd Waie Menerima Pingat Kejohanan
My Image
Adik Rabiatul Adawiyah (Tahun 6 Bestari) & Team Perempuan

 Untuk 'full coverage' gambar sepanjang kejohanan berlangsung sila layari FACEBOOK CIKGU SAZALI

Thursday, July 1, 2010

Cadangan Pemansuhan UPSR

Setelah lenyap isu PPSMI lantaran pemansuhan pelaksanaannya, muncul satu isu baru yang semakin menjadi topik perbualan dan perdebatan golongan pendidik mahupun orang ramai. Isu yang dimaksudkan ialah Pemansuhan UPSR dan PMR. Idea pemansuhan diutarakan oleh Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri berdasarkan kepada penelitian Kementerian Pelajaran Malaysia yang merumuskan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan. 

Ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin " Ia langkah baik... UPSR sebenarnya lahir sebagai peperiksaan pemilihan ke sekolah menengah. Ia satu kesinambungan untuk peperiksaan selepas Tahun Enam yang pernah diadakan dulu dikenali sebagai MSSEE (Malayan Secondary School Entrance Examination). Namun hanya 30 peratus murid diambil, selebihnya dimasukkan ke sekolah lanjutan.

Apabila dilakukan kenaikan darjah secara automatik, maka peperiksaan pemilihan tiada guna lagi kecuali untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jadi, murid naik darjah tak berasaskan pemilihan tetapi kerana umur, maka lahirlah masalah buta huruf. Di sinilah UPSR tidak mengikut tujuan asalnya.

PMR pula penggantian untuk masuk ke Tingkatan Empat. Siapa tak berjaya kena ulang, tapi bila ada sistem kenaikan automatik, fungsi asalnya juga tiada lagi. Untuk saya, dari segi itulah ia tak relevan. Saya sudah mencadangkan pemansuhan sistem peperiksaan ini tiga tahun lalu kerana ia tak lagi relevan dengan tujuan asal. Kalau kita lihat UPSR dan PMR hari ini, kebanyakan jawapan adalah objektif, pakai agak-agak pun boleh, tiada lagi pemikiran. Jadi kementerian harus sediakan sukatan pelajaran sesuai, apa harus murid belajar ketika Tahun Satu dan Tahun Dua, apa pula diajar di Tahun Tiga dan Tahun Empat. 

Reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad "Peperiksaan walau dalam apa sistem sekali pun, tetap perlu diadakan kerana ia satu bentuk ujian untuk menilai kebolehan seseorang. Apa yang perlu dinilai sebenarnya adalah kaedah pelaksanaan dan bukannya peperiksaan itu semata-mata. Kita perlu pastikan sistem yang akan diperkenal menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada sedia ada, termasuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran pelaksanaan dan berbaloi diperkenal menggantikan dua peperiksaan terbabit. Walau apa keputusan sekali pun (mansuh UPSR dan PMR atau tidak), sekurang-kurangnya satu jenis ujian perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan orang."

Sistem Penilaian Holistik di sekolah...

PUTRAJAYA 30 Jun - Sistem pendidikan di negara ini perlu melalui proses penilaian semula dengan memastikan kaedah pentaksiran terhadap pencapaian para pelajar dibuat secara holistik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, langkah tersebut bagi membolehkan para guru mengenal pasti potensi sebenar setiap pelajar mereka dan seterusnya mengasah sepenuhnya keupayaan golongan tersebut.

Wednesday, June 30, 2010

Jadual Belajar Bestari 30 Hari





Jadual Belajar Bestari
1 - 30 Ogos
8 - 9 pagibahasa Melayu Kefahaman (latih tubi soalan)
9 - 10 pagibahasa Melayu Penulisan dan tulis sebuah karangan (pilih topik)
10.30 - 11.30 pagiMatematik, misalnya nombor bulat dan operasi (tukar topik baru mengikut kefahaman)
11.30 pagi - 12.30 tengahariSains (mulakan dari topik yang senang untuk mengingat)
12.30 - 3 petangmakan/solat Zohor/rehat/tidur siang
3 - 4 petanglatihan mengeja nama tempat/nama orang/nama benda, dan latihan melukis gambar rajah sains
4 - 5 petanglatihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Matematik daripada buku latihan oleh penyusun/penerbit ternama. Kemudian semak jawapan daripada contoh jawapan. Sebaik-baik latihan ini diperiksa oleh ibu bapa atau sanak saudara yang prihatin
6.30 - 6.45 petangmandi
7 - 7.25 petangmakan malam. Makan pada waktu begini baik diamalkan sebab anda boleh khusuk melakukan solat Maghrib dan semasa belajar sejam kemudian anda tidak mudah mengantuk disebabkan makanan sudah hadam
7.25 - 7.45 malamsolat Maghrib
8 - 8.30 malammengikuti siaran berita daripada televisyen atau radio dan cuba contohi cara betul menyebut perkataan, nama orang, nama tempat, dan pembinaan ayat
8.30 - 9 malamrehat/solat Isya
9 - 10 malambahasa Inggeris. Bagi perkataan, pastikan anda menghafal ejaan, ejaan, makna, selok-belok bahasa serta tatabahasa
10 - 11 malamlatihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Sains
11.30 malam - 6 pagitidur

Monday, June 21, 2010

Kembali ke sekolah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...!!!

Apa khabar warga SKUJ semua? Bagaimana pengisian cuti sekolah semua? Menarik?Harap-harap ianya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin terutamanya pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR kurang dari 100 hari sahaja lagi.

Alhamdulillah hari ini kita semua akan kembali ke SKUJ untuk memulakan sesi 2 / penggal 2 persekolahan bagi tahun 2010. Bagaimana persediaan para pelajar dan para guru semua? Semoga segala perancangan yang telah dibuat bakal dilaksanakan dengan jayanya.

Kepada semua warga SKUJ...selamat kembali ke sekolah...!!!

WELCOME BACK TO SCHOOL!!!

Saturday, June 5, 2010

Cuti Sekolah Dah Bermula....

Cuti sekolah dah bermula...namun cikgu-cikgu SKUJ tidak sepenuhnya dapat menikmati cuti sekolah kali ini. Pengorbanan cikgu-cikgu semua untuk anak didik pelajar tahun 6 diharap membuahkan hasil kejayaan untuk peperiksaan UPSR nanti.

Untuk semua pelajar SKUJ, selamat bercuti, manfaatkan cuti kali ini dengan aktiviti yang berfaedah. Untuk guru-guru, selamat menjalankan kelas tambahan UPSR dan selamat bercuti juga...!!!

Thursday, June 3, 2010

Jamuan Perpisahan Guru SKUJ...

3 Jun 2010 (1.00pm) : bertempat di Kantin SKUJ, telah berlangsung Jamuan Perpisahan Guru SKUJ anjuran Kelab Guru & Kakitangan serta PIBG SKUJ. Selamat Maju Jaya diucapkan untuk Cikgu Mansor (Guru Sains) dan Ustazah Aida Laila (Guru JQAF) di atas pertukaran mereka berdua.

Cikgu Mansor akan berpindah ke SK (LKTP) Jengka 16 manakala Ustazah Aida Laila akan berhijrah ke SK Balok Kuantan.

Jamuan dihadiri oleh Tn Hj Ahmad bin Hassan (GPK1) mewakili Tn Guru Besar, En. Azer bin Mamat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SKUJ, En. Azaman bin Wahap dan Naib YDP PIBG SKUJ En. Alias bin Ahmad.

Selamat Maju Jaya untuk Cikgu Mansor dan Ustazah Aida Laila...!!!

My Image
Cikgu Mansor
My Image
Cg Nik, Cg Yusri, En. Azaman,
Tn Hj Ahmad,En Alias
My Image
Guru Perempuan yg hadir
My Image
Guru Perempuan yg hadir

Wednesday, May 19, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru 2010 SKUJ

Selesai sudah majlis Sambutan Hari Guru 2010 peringkat SKUJ. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKUJ yang terlibat, warga guru, warga pekerja, warga AJK PIBG, pelajar dan tak dilupakan warga peneroka SKUJ yang turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan tersebut.


Warga guru SKUJ bergambar kenang-kenangan sempena Sambutan Hari Guru 2010

Lagi koleksi gambar sempena sambutan di Facebook SK LKTP ULU JEMPOL.      KLIK DI SINI

Tuesday, May 18, 2010

Dr Ibrahim Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010


KUANTAN 16 Mei - Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan Ibrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Huzairie Di anugerah Guru Cemerlang OKU Kebangsaan


KUANTAN 16 Mei - ''Anugerah ini sepatutnya menjadi milik isteri saya kerana dia yang banyak berkorban dan membantu setiap hari sama ada di sekolah mahupun di rumah."

Demikian kata-kata penerima Anugerah Guru Cemerlang kategori Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat kebangsaan, Mohd. Huzaire Ahmad, 34.

Mohd. Huzaire yang mengajar Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempaga 2, Karak begitu terharu apabila dipilih menerima anugerah tersebut.

Beliau yang disahkan lumpuh sejak 10 tahun lalu akibat terjatuh dari pokok rambutan, bertekad meneruskan cita-cita sebagai seorang guru.

25,289 pegawai pendidikan siswazah, diploma naik pangkat

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 25,289 kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau Bukan Siswazah (PPPLD) sehingga April lalu.

Monday, May 17, 2010

TPM Umum ganjaran Wang Tunai Untuk Guru


KUANTAN 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.