NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, March 31, 2013

TEMA HARI GURU 2013 "GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI 1AGENDA"

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikanakses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


SUMBER ASAL ARTIKEL: KPM

TAHNIAH PPD MARAN

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PPD MARAN DI ATAS PENGANUGERAHAN PPD TERBAIK KEBANGSAAN (PERATUS SEKOLAH TERTINGGI MENERIMA TAWARAN BARU GURU BESAR 2012 NKRA PENDIDIKAN.

"SEKOLAH TERBAIK KUNCI PPD TERBAIK"

(Imej Hak Milik PPD Maran - Unit Pengurusan Kualiti)

Baca Artikel Asal di sini

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS)

MURID / ANAK ANDA KE SEKOLAH DENGAN MENAIKI BAS/VAN YANG DILESENKAN OLEH SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)? KETAHUI SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID SEKOLAH.


"Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah program Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini memberi skim perlindungan insurans kepada murid sekolah yang menggunakan bas/van sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak mulai 02 Januari 2013 sehingga 01 Januari 2014. Sila rujuk panduan lengkap pelaksanaan SIMS(SPAD), senarai skop perlindungan, amaun manfaat dan borang serta kaedah membuat tuntutan adalah seperti dilampirkan."

Muat Turun
Borang Tuntutan SIMS
Panduan Skim Insuran Murid Sekolah
Surat Makluman SPADS

Sumber Artikel dan Bahan Muat Turun: KPM

Saturday, March 9, 2013

SEMAK PERMOHONAN TING 1 & TING 4 2013 MRSM AMBILAN 11 MAC 2013




Wednesday, February 20, 2013

PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI TAHUN BARU CINA

MAKLUMAN PENTING DAN TERKINI...!!!

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN DIPINDA DARIPADA SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013.

RUJUK SURAT SIARAN KPM BILANGAN 5/2013 DI BAWAH

Friday, February 15, 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN KPM TAHUN 2013

 PEPERIKSAANTARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis
 11 - 12 Jun 2013
(Selasa - Rabu)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis 
10 - 12 September 2013
(Selasa - Khamis)
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis 
2 - 3 Oktober 2013
(Rabu - Khamis)
7 - 9 Oktober 2013
(Isnin - Rabu)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)
Lisan
8 - 19 Julai 2013
(Isnin - Khamis)
Bertulis
21 - 23 Oktober 2013
 (Isnin - Rabu)
28 - 29 Oktober 2013
(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis 
6 - 29 November 2013
2 - 5  Disember 2013
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)

29 - 30 April 2013
2 - 17 Mei 2013 
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)

7 - 25 Oktober 2013 
 Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

21 - 23 oktober 2013 
SUMBER: PORTAL RASMI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Monday, February 11, 2013

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH PADA 18 FEBRUARI 2013

Tuesday, January 29, 2013

SEMAK TAWARAN TING 1 SBP 2013 AMBILAN KE-2

SEMAK TAWARAN KE TINGKATAN 1 SBP 2013 AMBILAN KE-2 

Thursday, January 24, 2013

MAULIDURRASUL 1434H

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1434 HIJRIAH

'Bukan Sekadar Berarak dan Menjunjung Poster dan Kain Rentang, tetapi memperjuangkan apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W

Friday, January 18, 2013

MAJLIS AGIHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013


MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH / HARI: 22 JANUARI 2013 ( SELASA)
TEMPAT: DEWAN SKUJ
MASA : 10.30 PAGI
TOKOH PERASMI: YB DATO' SHAHANIZA BINTI HJ SHAMSUDDIN DIMP., AMP., BCM ADUN KUALA SENTUL

BAWA BERSAMA KAD PENGENALAN / DOKUMEN PENGENALAN DIRI IBUBAPA/PENJAGA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN AGIHAN BANTUAN.


BACA / MUAT TURUN

Surat Siaran Dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Bagi Tahun 2013




SEMAK KURSUS PERSEDIAAN HLP CBB PHD MASTER 2013


SEMAKAN KURSUS PERSEDIAAN
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
TAHUN 2013

CUTI BERGANTI RAYA CINA 2013

Pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013:

TARIKH ASAL: 26 Januari 2013  
TARIKH BARU: 9 Mac 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SBP (UPSR 2012)