NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, April 18, 2010

Sekolah Perlu Ambil Langkah Proaktif Tangani H1N1

Terkini...!!! 
(setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010)
  • 2 orang pelajar SJKC SG JERIK MARAN POSITIF H1N1 (sumber: PPD Maran)
  • 2 orang pelajar SJKC Sin Hwa Batu Pahat Johor POSITIF H1N1.
  • 2 orang pelajar SPB Integrasi Kerdau Temerloh Pahang positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1
  • 13 orang pelatih PLKN Kem Indera Pahlawan Jengka 6 Maran Pahang menghidap ILI (Influenza Like Illness) dan sedang menunggu keputusan sampel positif H1N1 setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010.  
  • 9 orang pelajar SMA Ad-Diniah Al-Islamiah Kuala Kangsar Perak POSITIF H1N1
  • 3 orang pelajar Tadika Sri Merdeka Batu Pahat Johor positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1

(klik pada imej untuk paparan lebih besar)

Semua pihak terutamanya sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah proaktif dan tindakan pencegahan awalan bagi membendung penularan kembali sindrom H1N1 atau ILI (Influenza Like Illness) berikutan beberapa kes ILI telah dikesan di beberapa tempat seluruh negara.


Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM melalui kenyataan Media beliau bertarikh  15 April 2010 telah menggariskan beberapa langkah pencegahan dan tindakan proaktif yang perlu diambil oleh semua pihak sekolah dalam menangani penularan H1N1 di sekolah.


Sila rujuk kenyataan media di bawah.








Ibubapa dan orang ramai dinasihati agar tidak panik dan membuat sebarang andaian berkenaan dengan penularan semula H1N1. Pihak sekolah akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya Pejabat Kesihatan Negeri jika sebarang kemungkinan penularan berlaku di sekolah.


Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 17 April 2010, sejumlah 39 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,127. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 534 kes. Daripada jumlah tersebut, 70 kes (13.1%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Tiada kemasukkan baru ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bilangan dirawat di ICU kekal 12 di mana sembilan (9) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. Tiada laporan kematian yang diterima semalam.

-BERSAMA MENCEGAH PENULARAN JANGKITAN H1N1-

No comments:

Post a Comment