NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, July 26, 2010

Kepimpinan Instruksional

Berikut lampiran artikel bertajuk 'KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL' sempena Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Pahang 2010 oleh Tn Hj Jalani bin Hj Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang).












Kepimpinan Instruksional :
School Improvement Program (SIP)

Oleh:
Haji Jalani Bin Haji Ludin
Ketua Sektor Pengurusan Akademik


Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang KeberhasilannUtama (NKRA)  iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan menghasilkan keputusan pantas dan berimpak.


(bacaan lain: HEM dan Kepimpinan Instruksional  , Kepimpinan Instruksional dan Sekolah Berkesan )
DOWNLOAD SLAID KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Malaysia


DOWNLOAD BAHAN-BAHAN LAIN


Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing-masing. Program ini terdiri daripada tiga bahagian yang akan membantu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah, School Improvement Toolkit dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi rendah.

Program ini dilancarkan sebagai usaha KPM bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Pendidikan dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Tarnsformasi Kerajaan (GTP). Program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan inisiatif yang dirancang di bawah sun NKRA Pendidikan iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan prestasi murid.

Sebagai contoh, Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diumumkan merupakan inisiatif KPM untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah ke tahap paling cemerlang. Manakala program ini pula adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang mundur atau berprestasi rendah ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah.

Program ini sebagai aspirasi kepada semua sekolah khusus sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan untuk berjaya dan boleh meningkatkan kecemerlangan. Kegagalan akademik adalah kumulatif, maka program ini akan menyediakan peluang terbaik dan saksama kepada semua murid untuk berjaya  tidak kira latar belakang, bangsa dan agama seseorang.

Kepimpinan Instruksional

Setiap sekolah memiliki visi dan misi serta sasaran yang harus dicapai dalam peperiksaan awam. Bagi mencapai sasaran dalam peperiksaan awam maka pemimpin sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada menjadi pemimpin instruksional di sekolahnya. Menurut Smith (1989) definisi pemimpin instruksional adalah “instructional leader is an administrator who emphasizes the process of instructions and facilitates the interaction of teachers, student and the curriculum”. Dalam pengurusan instruksional, pemimpin sekolah harus berperanan sebagai peneraju utama dalam proses kurikulum sekolahnya dan bukan hanya menyerah kepada Penolong Kanan atau guru-guru lain untuk melaksanakan tugas penting itu. Pemimpin sekolah adalah pemimpin utama dalam hal-hal berkaitan aktiviti instruksional yang menjurus kepada peningkatan kualiti pembelajaran pelajar bagi menjamin tahap pencapaian akademik yang cemerlang. Kepimpinan sekolah yang cemerlang selalunya juga akan menghasilkan sekolah yang cemerlang.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan definisi kepimpinan instruksional adalah kepimpinan sekolah yang memiliki hala tuju yang jelas ke arah kecemerlangan dan berperanan sebagai pemimpin kurikulum serta dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Model kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1985)
Menurut model kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh Hallinger dan Murphy (1985) boleh dibahagi kepada tiga dimensi utama iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran. Daripada tiga dimensi itu boleh dikembangkan kepada 10 amalan kepimpinan instruksional seperti berikut:

a.      Mendefinisikan Misi Sekolah:
1.    Merangka matlamat sekolah
2.    Menyampai/menyebarkan matlamat sekolah

b.      Mengurus program pengajaran
3.    Penyeliaan dan penilaian pengajaran
4.    Menyelaras kurikulum
5.    Memantau kemajuan murid

c.       Mewujudkan iklim Pembelajaran Positif
6.    Mengawal waktu pengajaran  (Protecting instructional time)
7.    Membudayakan perkembangan professional/staf
8.    Mengekalkan ketampakan
9.    Menyediakan ganjaran kepada guru
10. Menyediakan insentif kepada murid

Model kepimpinan instruksional Hallinger & Murphy dapat dirumuskan seperti  di bawah:

Heck dan Hallinger (1999) telah menyusun semula konseptual kepimpinan instruksional ini daripada 11 fungsi pengetua kepada hanya 10 fungsi pengetua sebagai pemimpin instruksional dengan menggugurkan fungsi ke sepuluh iaitu penguatkuasaan standard akademik.




Isu-Isu Dalam Kepimpinan Instruksional Sekolah

1.0    Buku Rekod Mengajar (BRM)

Buku Rekod Mengajar (BRM) hendaklah dilengkapkan iaitu Maklumat Peribadi, Jadual Waktu yang sedang berkuatkuasa, Silibus Matapelajaran, Rancangan PelajaranTahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Markah pencapaian pelajar di belakang BRM. BRM mesti ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sebagai bukti telah disemak dan diakui telah mengikuti standard minimum yang dikehendaki.  Setiap minggu guru dikehendaki menghantar BRM pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pentadbir sekolah.

2.0    Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan pelajaran tahunan adalah perancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini. Ia disusun mengikut jadual hari persekolahan berdasarkan takwim sekolah tahun semasa. Adalah menjadi tanggungjawab setiap guru di awal tahun menyediakan rancangan pelajaran tahunan semasa yang lengkap sebelum memulakan pengajaran seperti termaktub dalam pekeliling Surat Pekeliling Ikhtisas 3/87. Dengan adanya perancangan tersebut, guru boleh mengunjurkan bagaimana ia akan menghabiskan silibus, merancang latihan berdasar har persekolahan di sepanjang tahun.

Kebanyakkan perancangan tahunan guru hanya berdasarkan nombor minggu dan diguna secara kitar semula pada setiap tahun. Ini menjadikan guru tidak merancang pengajaran mereka pada tahun tersebut berdasarkan tarikh tahun semasa. Adalah dicadangkan rancangan tahunan mesti berdasarkan takwim persekolahan tahun semasa seperti contoh yang dilampirkan.






3.0  Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Setiap pengajaran, guru mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian kendiri. Objektif boleh dinyatakan dalam bentuk perlakuan boleh diukur dan merangkumi pengetahuan serta kemahiran yang diperlu dikuasai. Manakala aktiviti adalah cara bagaimana henadak mencapai objektif bersesuaian dengan keupayaan murid dan masa yamg diperuntukkan. Di akhir pengajaran, guru mesti menilai pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid serta merancang dan melakukan penambahbaikan. Penilaian pihak Nazir Sekolah , RPH adalah terlalu ringkas, tidak konstruktuf, tiada penilaian dan tiada refleksi di akhir pengajaran. Bagi meningkatkan keberkesanan P&P, guru disarankan menyediakan RPH dengan teliti, menjalankan aktiviti sebagaimana yang dirancang dan menulis reflkesi (SPI 3/99) selepas P&P. Reflkesi yang konsisten akan membantu guru sejauhmana objektif tercapai dan seterusnya membuat tindakan susulan bagi membaiki P&P akan datang

4.0  Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif, menarik dan berkesan. Untuk mencapai matlamat ini, guru boleh mengamalkan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid perlu diberi peluang berinteraksi dan melibatkan diri aktiviti pengajaran seperti permainan bahasa. Aktiviti seperti ini akan merangsang dan mengekalkan minat murid dan mengukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

5.0    Modul-Modul  Pengajaran (mempelbagaikan kaedah)

Pengajaran adalah proses memindahkan ilmu dan memperkembangkan potensi individu murid. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya mampu meningkatkan potensi murid mencapai kecemerlangan. Pihak PPK telah mengedarkan modul pengajaran untuk panduan guru bagi memudahkan pencapaian objektif pengajaran. Berikut adalah modul pengajaran yang pernah disebarkan kepada guru:

1. Pembelajaran Masteri 2. Pembelajaran Akses Kendiri 3. Penilaian Kendalian Sekolah 4. Belajar cara belajar 5. Kajian Masa Depan 6. Konstruktivisme 7. Kontekstual 8. Inkuiri Penemuan 9. Menghayati Kurikulum Sains 10. Kemahiran Berfikir 11. Pelbagai Kecerdasan 12. Pengajaran dan Pembelajaran.

Modul-modul ini seperti sudah dilupakan dalam pengajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan tidak menarik. Mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris juga menjadi semakin hambar dan tidak menarik perhatian pelajar.

6.0  Standard Kecukupan Latihan

Kecukupan latihan telah diakui adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta PKKP. Kecukupan latihan adalah bergantung dengan keupayaan pelajar, masa yang ada dan aras kesukaran topik. Bilangan latihan akan menentukan tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu konsep yang dipelajari. Namun masih tiada dasar/standard kecukupan latihan dikuatkuasakan sebagai panduan kepada guru-guru. Keadaan ini menjadikan guru memberi latihan dengan tanpa sebarang panduan dan sukar untuk menentukan adakah pelajar telah mendapat latihan yang mencukupi. Kecukupan latihan mesti dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia sekolah dan dimaklumkan kepada semua guru.

7.0  Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid

Latihan murid diberi berdasarkan keupayaan dan kebolehan. Boleh diberi dalam pelbagai jenis berkaitan topik yang dipelajari. Hasil kerja murid mesti lengkap, kemas dan bersih. Menepati masa yang diberikan, mengikut format dan prosedur latihan seta tugasan.

Semua latihan murid mesti diperiksa kerana ia adalah maklum balas kefahaman murid tentang sesuatu topik. Maklumat ini adalah amat penting kepada guru yang mengajar. Apabila memeriksa latihan, guru akan menunjukkan di mana kesilapan murid dan memberikan ulasan yang membina. Memberi penghargaan yang sesuai  terutama hasil kerja yang baik. Latihan mesti diperiksa dalam satu tempoh yang munasabah. Guru harus memastikan murid melakukan pembetulan.

Pemeriksaan buku latihan murid perlulah dilakukan dengan konsisten dan bersifat konstruktif iaitu menunjukkan kesilapan serta memberi ulasan dan penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Selain itu guru juga perlu memberi penekanan kepada aspek pembetulan agar murid tidak melakukan kesilapan berulang

8.0  Pencerapan Pengajaran
Adalah menjadi tugas pengetua dan pentadbir lain untuk menyelia dan memantau perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seperti yang disebut Eye, Netzer dan kircy (1971) menjelaskan penyeliaan sebagai satu fasa dalam proses sekolah yang menekankan pencapaian matlamat pengajaran. Pencerapan pengajaran mesti dirancang dan diselia oleh pengetua/guru besar di sepanjang tahun. Satu jadual pencerapan oleh pengetua/guru besar, pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan rakan sekerja hendaklah disediakan di awal tahun.

Setiap Sekolah Adalah Unik
Pendekatan satu penyelesaian untuk semua (one size fits all) tidak lagi berkesan diamalkan kerana setiap sekolah adalah unik dan mempunyai masalah tersendiri. Keperluan setiap sekolah berbeza antara satu sama lain. Maka program yang diwujudkan untuk membantu pemimpin  sekolah untuk mengenalpasti dan memahami masalah yang dihadapi, dan yang paling penting pihak sekolah mengetahui penyelesaian terbaik untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Sebagai contoh, sebuah sekolah menghadapi masalah dalam penurunan skor GPS dalam mata pelajaran Matematik selama dua tahun berturut-turut. Penyelesaian yang boleh diambil oleh Guru Besar kepada masalah ini, samada menggerakkan lebih ramai guru Matematik atau memberi latihan kepada guru-guru Matetamtik sedia ada, atau kedua-dua tindakan serentak bergantung kepada keperluan sekolah.

Pemimpin sekolah harus menjawab persoalan berikut:

1.       Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan prestasi sekolah?
2.       Apakah bantuan yang diperlukan dan bagaimana untuk penambahbaikan?

Sekiranya panduan penyelesaian disediakan, pemimpin sekolah boleh merancang pelan tindakan yang praktikal untuk sekolah masing-masing dan menetapkan sasaran yang realistik dengan memberi fokus kepada bidang yang memerlukan penambahbaikan. Berbalik kepada contoh di atas, Guru Besar perlu mendapatkan sokongan dan bantuan seperti menambah bilangan guru bagi memastikan sasaran pencapaian meningkatkan di akhir tahun. Kejayaan sekolah mencapai sasaran ini, bukan sahaja bergantung kepada kesungguhan pemimpin sekolah, tetapi juga sokongan dan iltizam pihak guru, murid dan komuniti setempat.

Band Prestasi Sekolah

Band prestasi sekolah bertujuan untuk memberi gambaran kedudukan sebenar sekolah bagi membantu menyediakan sasaran pencapaian yang perlu dicapai. Band Prestasi Sekolah ini akan membantu KPM mengenalpasti kategori sekolah yang perlu diberi bantuan sewajarnya untuk meningkatkan prestasi sedia ada. Band Prestasi Sekolah dihasilkan dengan mengumpulkan sekolah kepada tujuh kategori pencapaian berdasarkan kepada keputusan peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah. Penyenaraian prestasi sekolah diperkenalkan dalam Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk pemberian ganjaran kepada pemimpin sekolah yang melepasi sasaran yang ditetapkan. Mulai 2010 Band Prestasi Sekolah di Malaysia akan diumumkan kepada pihak sekolah setiap tahun.

Taburan sekolah rendah Pahang mengikut Band 2010.
Band  7   -  6
Band  6   -  9
Band  5   -  12
Band  4   -  70
Band   3  -  242
Band   2  -  175
Band   1  -  12

No comments:

Post a Comment