NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, July 7, 2010

Perbincangan Meja Bulat Tentukan Nasib UPSR & PMR

Sebelum ke berita penuh, jika anda ada sebarang pendapat, saranan dan cadangan berkaitan dangan isu pemansuhan UPSR & PMR, sila email ke kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpul pandangan mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, rumusan perbincangan meja bulat itu akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos nanti. Kata beliau, pihaknya berharap agar dua perbincangan meja bulat itu akan berjaya mengumpulkan pandangan menyeluruh setiap lapisan masyarakat berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR tersebut.

"Perbincangan meja bulat pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil-wakil warga pendidik seperti pegawai-pegawai kanan kementerian, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.

"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk pihak-pihak dari luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian sentiasa membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini untuk memberi pandangan serta pendapat mengenai cadangan memansuhkan dua peperiksaan utama itu.
Pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dipantau dan diambil kira untuk dibincang ketika perbincangan meja bulat itu berlangsung.

Utusan Malaysia Online: 6 Julai 2010

No comments:

Post a Comment