NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Thursday, August 5, 2010

Majlis Pengiktirafan Tokoh Nilam Sekolah

Bertempat di Dewan Utama SKUJ pada hari ini telah berlangsung suatu program menghargai Tokoh Nilam 2010 Daerah Maran yang juga merangkap Tokoh Nilam Sekolah iaitu Adik Alia Fatini bt Abd Aziz. program dianjurkan adalah bertujuan untuk:-

1) menghargai kejayaan Adik Alia Fatini di atas anugerah yang dimenangi
2) menanam rasa minat di kalangan pelajar lain agar dapat mencontohi kejayaan Adik Alia Fatini
3) membudayakan minat membaca di kalangan semua pelajar
4) menitikberatkan kepentingan membaca

Majlis dimulai dengan tayangan 'multimedia' sempena pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 yang telah berlangsung pada 30 Julai 2010 yang lalu di SK Bukti Tajau Maran. 

Acara kemuncak adalah 'resensi buku' yang disampaikan dengan jayanya oleh Adik Alia Fatini. Buku yang menjadi pilihan ialah 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'. Secara keseluruhannya Adik Alia Fatini menyampaikan semula 'resensi buku' tersebut sepertimana yang telah beliau sampaikan pada malam pelancaran Program Kembara Buku 2010 baru-baru ini.

Akhir program adalah ucapan oleh Guru Besar SKUJ En Azer bin Mamat. Beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada Adik Alia Fatini kerana telah mengharumkan nama SKUJ di peringkat Negeri Pahang dan Daerah Maran. Beliau turut menekankan kepentingan membaca di akhir ucapannya.

Majlis bersurai tepat jam 8.10 pagi.








No comments:

Post a Comment