NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, May 4, 2010

Isu Beg Sekolah Berat


Kajian
(Persatuan Pengguna Pulau Pinang) : Hasil kajian tempatan bertajuk Beban Beg Sekolah dan Kesannya ke atas Otot Erector Spinae dan Sakit Belakang Dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005) mendedahkan 58.3 peratus kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik menyatakan insiden sakit belakang yang tinggi dikaitkan dengan beban yang berat boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15 peratus daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had yang melebihi saranan oleh ramai pengamal perubatan.
Dalam perkataan lain, contohnya, kanak-kanak yang beratnya 25 kg (55 paun) tidak seharusnya membawa berat lebih daripada 3.75 kg (8.25 paun).
Cadangan

  • Di setiap dinding belakang bilik darjah disediakan satu pigeonhole yang mempunyai ciri-ciri berikut:


  • 1. Tidak terlalu canggih atau cantik, memadai yang kukuh, kuat, dapat bertahan lama.
    2. Ukuran setiap pigeon-hole boleh menampung jumlah buku yang dimiliki oleh setiap murid.
    3. Jumlah petak adalah berdasarkan jumlah maksimum murid yang akan belajar di dalam sesebuah bilik darjah.
    4. Setiap pigeon-hole hendaklah dipasang dengan pintu dan berselak mangga. (Setiap murid dikehendaki membeli sendiri kunci mangga tersebut dan pastikan di setiap hujung tahun mangga kunci tersebut dibawa balik.
    5. Setiap murid akan meninggalkan buku-buku teks atau buku-buku yang tidak diperlukan di rumah di dalam pigeon-hole tersebut sebelum balik ke rumah.


    (sumber: Utusan Malaysia Online: 3 Mei 2010)

    No comments:

    Post a Comment