NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Saturday, December 17, 2011

INFO BIASISWA YAYASAN PAHANG

Maklumat penting yang setiap ibubapa dan pelajar patut tahu mengenai Yayasan pahang adalah informasi pembiayaan pendidikan (biasiswa, pinjaman dan penajaan) (sumber: Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/)

Biasiswa : Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.



Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)
Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-


1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Rakyat/Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan. 3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.

Baca lagi....




Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)

Kelayakan Memohon
1. Anak Pahang ditakrif sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur tetapi KEUTAMAAN adalah kepada pemohon dan ibubapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tangunggan anak bersekolah yang ramai.
3. Biasiswa ini adalah diberikan kepada pelajar dari keluarga yang benar-benar miskin atau yang sedang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), anak yatim, ibubapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termisikin(PPRT).
4. Sedang belajar di Sekolah Rendah di Negeri Pahang Darul Makmur.
5. Pendapatan ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM700 sebulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.
6. Pemohon dan ibubapanya yang lahir di luar Pahang dan ibubapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.


Biasiswa Khas Sukan (BKS)
Hanya 2 buah sekolah sukan yang ditaja iaitu:
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)
Tajaan ini hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang belum menerima mana-mana bantuan/biasiswa dari mana-mana pihak.
Kadar pemberian biasiswa ini adalah sebanyak RM500 setahun dan pelaksanaan adalah mulai tahun 2005.


Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
Kelayakan memohon
  1. Anak Negeri Pahang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang Darul Makmur
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
  3. Lulus di peringkat berikut :-
    1. Calon SPM - 9A1
    2. Calon STPM - 4 Prinsipal A
  4. Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan aerospace, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Nilai Anugerah

Jenis PembayaranKadar
Perubatan RM)Lain-lain Bidang (RM)
Elaun Sara Hidup9,240/tahun8,400/tahun
Elaun Buku1,000/tahun600/tahun
Elaun Alat Perkakas- 500 -
Elaun Tesis- 400 -
Elaun Kertas Projek- 200 -
Elaun Komputer- 5,000 (maksima) -
Yuran Pengajian- seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian -
Tambang Kapal Terbang- sekali setahun pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak -

Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran
Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang yang ditakrifkan sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau.
2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
2. Telah mendapat tawaran/tempat belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.


Program Tahfiz Profesional

Kelayakan Memohon
1. Anak Pahang ditakrifkan sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
2. Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Universiti Islam AntarabangsaMalaysia(UIAM).
3. Mengikuti pengajian jurusan profesional.
4. Mempunyai rekod peribadi dan sahsiah cukup terpuji.
5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan menceburi kegiatan sukan.
6. Keutamaan adalah kepada pemohon:

1. Aliran sains sekolah menengah agama yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
2. Boleh menghafaz Al-Quran dengan baik.
3. Pelajar yang mempunyai kesungguhan dan berminat.

BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR)


Kelayakan Memohon
1. Anak Pahang ditakrif sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur tetapi KEUTAMAAN adalah kepada pemohon dan ibubapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tangunggan anak bersekolah yang ramai.
3. Biasiswa ini adalah diberikan kepada pelajar dari keluarga yang benar-benar miskin atau yang sedang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), anak yatim, ibubapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termisikin (PPRT).
4. Sedang belajar di Sekolah Rendah di Negeri Pahang Darul Makmur.
5. Pendapatan ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM1,000 sebulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.
6. Pemohon dan ibubapanya yang lahir di luar Pahang dan ibubapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.

BIASISWA SEKOLAH MENENGAH (BSM)


Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Rakyat/Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.





No comments:

Post a Comment