NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Friday, January 20, 2012

MRSM FELDA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


KEPADA MURID SKUJ TAHUN 6 2011 YANG BERJAYA DITAWARKAN KE MRSM FELDA...

Maktab Rendah Sains MARA FELDA Kampus Tun Abdul Razak merupakan maktab yang ke-37 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan FELDA atas cetusan minda Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Bin Tun Abd Razak justeru terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang diberi nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tanggal 30 Mac 2007. MRSM Felda ini merupakan MRSM yang kelima dibina di Negeri Perak.

Terletak di Mukim Trolak, Sungkai iaitu di Daerah Batang Padang, MRSM FELDA yang menumpang di Kolej Komuniti di Feldajaya Utara Sungkai, Perak mula beroperasi secara rasminya pada 1 Disember 2007. Maktab ini diterajui oleh Pengetua Perintisnya, Encik Saleh bin Osman dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Shahrome bin Daud dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar,YM Tengku Lukman B T. Yaacob serta 19 orang tenaga pengajar dan 16 orang kakitangan yang komited.

Adalah dijangkakan bangunan baru yang bernilai RM122 juta itu kini pesat dibangunkan di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara akan disempurnakan pada penghujung tahun 2009. MRSM FELDA kini telah menerima kumpulan pelajar perintisnya seramai 210 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tanggal 18 Februari 2008.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang ditumpangkan di pelbagai MRSM akan dipanggil kembali untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan 2 di MRSM Felda akan diberi nama baru yang lebih bermakna dan gah sebagai MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak mulai 2010.

Kumpulan perintis ini dengan penuh semangat mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA dan FELDA sebagai usaha untuk memartabatkan Bangsa Melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam mendepani proses globalisasi. MRSM FELDA akan bergerak maju dengan slogan maktab "Transformasi Menuju Kejuaraan".

Pada tanggal bersejarah 7 Julai 2010, Dato’ Sri Najib Bin Tun Abd Razak telah merasmikan MRSM ini sempena dengan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan lebih 10,000 warga Felda di MRSM ini.

SUMBER: MRSM FELDA (http://www.mrsmfelda.edu.my/v2)


No comments:

Post a Comment