NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Wednesday, December 28, 2011

MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Falsafah Pendidikan MRSM
"Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan."


No comments:

Post a Comment