NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Saturday, January 7, 2012

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1

MAKLUMAT DARIPADA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PAHANG:-


Program Transisi merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini perlu dijalankan di semua kelas Tahun Satu selama tiga minggu bermula pada 4 hingga 20 Januari 2012.

1. Tempoh Pelaksanaan : 3 minggu (4 – 20 Januari 2012).
2. Selepas Program Transisi, semua sekolah dikehendaki menghantar Laporan Pelaksanaan Bergambar serta Laporan Penilaian Kemajuan Murid (5 orang murid setiap sekolah) ke PPD masing-masing.
3. P & P secara rasmi mengikut kemahiran KSSR bermula selepas Tahun Baru Cina.
4. Instrumen Pemantauan & Instrumen Kemajuan Murid 

MUAT TURUN DOKUMEN BERKENAAN:-

1) INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI (download)
2) KIT TRANSISI (download)
3) BORANG PENILAIAN KEMAJUAN MURID (download)

No comments:

Post a Comment