NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, April 16, 2012

RIMUP KINI DI BAWAH BKK KPM

Sejak pelaksanaan RIMUP pada tahun 1986, Bahagian Sekolah (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dipertanggungjawabkan untuk meneraju dan menyelaras pelaksanaan program tersebut. Mulai 2012, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah diberi tanggungjawab untuk meneruskan pelaksanaan program ini.Penyerahan program RIMUP kepada BKK telah diadakan secara rasmi pada 9 Februari 2012 di Concorde Inn, KLIA yang dihadiri juga oleh Ketua-ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Ketua-ketua Unit Kokurikulum dari semua Jabatan Pelajaran Negeri.

Sebagai persediaan BKK telah mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk memberi pendedahan mengenai konsep RIMUP kepada pegawai-pegawai yang akan terlibat dengan program ini kelak.

SUMBER: KPM

No comments:

Post a Comment