NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Monday, October 29, 2012

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU DENGAN KESIHATAN

SELURUH WARGA SKUJ MENDOAKAN KESEJAHTERAAN UNTUK EN. AZAMAN BIN WAHAP (YANG DIPERTUA PIBG SKUJ) YANG DITIMPA MUSIBAH. SEMOGA BERKAT USAHA DAN JASA TUAN UNTUK WARGA SKUJ SELAMA INI AKAN MENJADI DOA TERBAIK MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT KESIHATAN DARIPADA ALLAH S.W.T

Monday, February 27, 2012

BERITA DARI AKHBAR : Jangan pandang remeh PIBG - Yahya



PUTATAN 19 Feb. - Ibu bapa di negeri ini diminta tidak memandang remeh terhadap kepentingan menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, ini kerana mesyuarat PIBG merupakan medium penting bagi ibu bapa membincangkan perkembangan anak- anak mereka di sekolah.

"Pelbagai isu berkaitan biasanya dibincangkan dalam pertemuan itu yang boleh meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

"Anak-anak juga akan berasa bersemangat apabila mengetahui ibu bapa mereka menghadiri mesyuarat PIBG," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PIBG SMK Tansau, Mohd. Faizal Baniamin dan Pengetua SMK Tansau, Datin Patimah Ali.

Yahya berkata, semua ibu bapa harus sedar mengenai pentingnya PIBG dalam perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Katanya, PIBG juga menjadi platform bagi memupuk persefahaman antara guru dan ibu bapa.

Dalam pada itu, beliau berkata, jalinan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru menjadi pemangkin kepada pencapaian setiap pelajar.

"Oleh itu, bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah semata-mata," ujarnya.

Utusan Malaysia: 20 Februari 2012

Wednesday, February 22, 2012

SELAMAT BERMESYUARAT


SELAMAT BERMESYUARAT







Monday, February 20, 2012

MESYUARAT AAGUNG PIBG SKUJ 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SKUJ KALI KE-33 TAHUN 2012 AKAN DIADAKAN SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT:-

TARIKH / HARI: 23 FEBRUARI 2012 / KHAMIS

MASA: 2.30 PTG

TEMPAT: DEWAN UTAMA SK LKTP ULU JEMPOL

TOKOH PERASMI: 
tan

YB.Dato' Haji Tan Mohd. Aminuddin Bin Haji Ishak,
SIMP., DSAP., DIMP., AMP., ANS., PJK.


(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri)