RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.
ENTRI TERKINI
Thursday, April 22, 2010
Guru Lelaki...Oh Guru Lelaki...
Nisbah pengambilan guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan
HULU SELANGOR 16 April 2010 – Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zarkashi. |
Insentif Menarik Untuk Warga Sekolah...
KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010 ini.
Apa Nak Jadi Dengan Pelajar Sekarang...
Rosak 9 kereta guru
PETALING JAYA (14 April 2010) : Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan setan kecil apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin. |
Imbas Kembali...
HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
4 Lagi Pelajar Positif H1N1...!!!
Setakat jam 8.00 pagi 22 April 2010, seramai 4 orang lagi pelajar (3 sekolah rendah, 1 tadika) telah disahkan positif H1N1 manakala 30 orang pelajar dari tiga sekolah berlainan sedang menunggu keputusan sampel positif H1N1.
Amalkan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Elakkan aktiviti luar yang terdedah kepada risiko jangkitan. Dapatkan rawatan awal sekiranya mengalamai simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekak dan selsema.
Ingat...!!! H1N1 adalah 'air-borne disease' iaitu penyakit yang merebak melalui udara. Sesiapa saja berisiko untuk mendapat jangkitan H1N1. Sama-sama kita amalkan langkah-langkah pencegahan demi menjaga kesihatan kita semua.
-Pelajar Sihat...Sekolah Cemerlang-
Wednesday, April 21, 2010
Kes Terbaru H1N1 Melibatkan Pelajar Sekolah
Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 21 April 2010
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, 2 sekolah dan tadika terbaru yang dilaporkan mempunyai kes jangkitan H1N1 di kalangan pelajar ialah :-
- SMK Alam Megah, Shah Alam (2 pelajar POSITIF H1N1)
- Sek. Men Seri Serating Marang Terengganu (7 disyakki - masih menunggu keputusan)
- Tadika Little Caterpillar Childcare Centre Sarawak (2 pelajar POSITIF H1N1)
(klik pada imej untuk paparan lebih besar)
Diharap para ibubapa dan guru dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan sentiasa memantau keadaan kesihatan murid-murid SKUJ. Sila dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan ILI (Influenza Like Illness) seperti demam, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit-sakit badan.
-CEGAH SEBELUM PARAH-
Monday, April 19, 2010
Lagi Pelajar Sekolah Mengalami ILI (Influenza Like Illness)
Situasi Semasa Influenza A (H1) N119 April 2010 |
Sehingga jam 8:00 pagi pada 19 April 2010, Kementerian menerima hanya satu laporan kejadian kluster ILI. Kejadian kluster tersebut berlaku di SMK Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa Rawang, Selangor melibatkan dua orang pelajar. Seorang diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi dimasukkan ke wad. Kedua-duanya diberi rawatan antiviral. Kementerian masih menunggu keputusan sampel tekak yang diambil. (sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara.
Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.
Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.
-JANGAN TANGGUH RAWATAN JIKA MENGALAMI DEMAM, BATUK DAN SELSEMA...!!!-
Sunday, April 18, 2010
Sekolah Perlu Ambil Langkah Proaktif Tangani H1N1
Terkini...!!!
(setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010)
(setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010)
- 2 orang pelajar SJKC SG JERIK MARAN POSITIF H1N1 (sumber: PPD Maran)
- 2 orang pelajar SJKC Sin Hwa Batu Pahat Johor POSITIF H1N1.
- 2 orang pelajar SPB Integrasi Kerdau Temerloh Pahang positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1
- 13 orang pelatih PLKN Kem Indera Pahlawan Jengka 6 Maran Pahang menghidap ILI (Influenza Like Illness) dan sedang menunggu keputusan sampel positif H1N1 setakat jam 8.00 pagi 18 April 2010.
- 9 orang pelajar SMA Ad-Diniah Al-Islamiah Kuala Kangsar Perak POSITIF H1N1
- 3 orang pelajar Tadika Sri Merdeka Batu Pahat Johor positif ILI - menunggu keputusan sampel positif H1N1
(sumber: www.h1n1.moh.gov.my)
(klik pada imej untuk paparan lebih besar)
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM melalui kenyataan Media beliau bertarikh 15 April 2010 telah menggariskan beberapa langkah pencegahan dan tindakan proaktif yang perlu diambil oleh semua pihak sekolah dalam menangani penularan H1N1 di sekolah.
Sila rujuk kenyataan media di bawah.
Tuesday, April 13, 2010
Skim Baucer Tuisyen kembali...!!!!
Mesyuarat semua guru GPK HEM di Pejabat Pelajaran Maran pada 13 April 2010 yang lepas telah menetapkan bahawa Skim baucer Tuisyen telah kemali utnutk dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dnegan hasrat kerajaan dalam mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun skim tersebut hanya akan dilaksanakan kepada pelajar Tahun 6 sahaja.
Tempoh pelaksanaan akan bermula April dan akan berakhir pada Septmber 2010.
Sebarang makluman terbaru akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Harap maklum.
Monday, April 12, 2010
Majlis Perasmian Laman Blog SK (LKTP) Ulu Jempol
Isnin (12 April) : Hari ini merupakan detik yang bersejarah dan bermakna buat seluruh komuniti bestari SKUJ. Setelah hampir sebulan dibina (dan masih menjalani proses kemaskini), laman log rasmi SKUJ telah dirasmikan oleh Guru Besar sejurus selepas perhimpunan mingguan.
Guru Besar dalam ucapannya telah melahirkan rasa gembira dan teruja di atas terbinanya lama blog ini kerana menurut beliau dengan perkembangan arus teknologi maklumat masa ini, generasi pendidik dan warga sekolah keseluruhannya tidak wajar ketinggalan dalam kepesatan dan kemajuan teknologi yang tiada noktah penghujungnya.
Menurut Guru Besar lagi, dengan adanya laman blog ini, diharapkan pelajar dan juga warga guru dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam pencarian maklumat serta perkongsian ilmu pengetahuan.
Untuk para guru dan pelajar semua, alamat blog sekolah adalah seperti berikut
http://skulujempul.blogspot.com
Diharap dengan lahirnya blog rasmi sekolah ini, ianya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga SK (LKTP) Ulu Jempol.
Selamat berblog semua!
Friday, April 9, 2010
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pahang (Sekolah Rendah)
Dua orang pelajar SK (LKTP) Ulu Jempol telah terpilih menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pahang pada 11 April 2010 (Ahad) bertempat di Temerloh Pahang. Mereka yang dimaksudkan ialah Adik Shahrul Faiz (6 Bestari) dan Adik Nurul Marsha (4 Arif)
Ketika 'posting' ini ditulis, kedua-dua pelajar tersebut sedang giat menjalani latihan fasa akhir di Jengka 16 diiringi Cikgu Sazalli selaku Jurulatih.
Adik Shahrul Faiz & Adik Nurul Marsha ketika memenangi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)