NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, August 3, 2010

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak





Saturday, July 31, 2010

Resensi Buku "Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'


DOWNLOAD DI BAWAH.
Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Resensi Buku oleh Alia Fatini Abd Aziz)

Majlis Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 yang telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang yang baru iaitu YBhg En. Yahya bin Zainal Abidin merangkap Pengerusi PERPUSPA.


Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 dengan tema 'BUKU WADAH ILMU' telah diadakan di SK Bukit Tajau Maran. Majlis dimulakan dengan Program Pengujian Kembara Buku yang dijalankan ke atas murid-murid SK Bukit Tajau. Majlis turut diserikan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai PPD Maran iaitu Pn Samsiah bt Suradin dan Guru Besar SK Bukit Tajau iaitu Pn Hjh Temah bt Ismail.

Acara kemuncak ialah perasmian Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 oleh Tuan Timbalan Pengarah dikuti dengan satu slot khas bertajuk 'RESENSI BUKU' yang telah disampaikan oleh Adik Alia Fatini bt Abd Aziz (pelajar Tahun 6 Arif SKUJ). Beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan RESENSI BUKU Solat Dari Perspektif Sains di atas kapasiti beliau selaku Naib Johan Tokoh Nilam Pahang 2009 Kategori SK Luar Bandar.

Majlis pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 telah selamat dirasmikan. Namun sesuatu yang amat membanggakan untuk seluruh warga SKUJ ialah penghormatan yang telah diberikan kepada Adik Alia Fatini untuk menyampaikan Resensi Buku. Tidak ketinggalan En Azer bin Mamat selaku Guru Besar SKUJ yang juga turut hadir ke majlis pelancaran tersebut dan jutaan tahniah turut dirakamkan buat Cikgu Norhashimah selaku Guru Pembimbing Program Nilam Sekolah.


Antara foto yang sempat dirakam sepanjang malam pelancaran.


Timbalan Pengarah mengambil tempat

Ucapan Pegawai PPD Maran

Cikgu Azer bin Mamat (ke-3 dari kiri) Guru Besar SKUJ

Pn Hjh Temah bt Ismail (GB SK Bukti Tajau)

Sesi pengujian Kembara Buku

Thursday, July 29, 2010

Salam Takziah

Assalamualaikum.

Seluruh warga SKUJ dan PIBG ingin merakamkan 'Salam Takziah' ditujukan khas buat Cikgu Norzakiah bt Jusoh di atas kembalinya Allahyarham suami tercinta iaitu En. Mohd Noor Abidin Ismail (Anggota Bomba & Penyelamat balai Bomba Jengka).

Semoga Cikgu Norzakiah tabah dalam menghadapi segala ujian daripada Allah S.W.T.

Ikuti laporan penuh berita yang disiarkan di BERITA HARIAN dan HARIAN METRO.

SALAM TAKZIAH

UPSR: Tambahbaik Bukan Mansuh...

PUTRAJAYA: Kebanyakan peserta yang hadir dalam perbincangan meja bulat kedua mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam, mahu kedua-dua peperiksaan itu dikekalkan, tetapi perlu penambahbaikan.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.

UPSR Mansuh? Mesti ada formula alternatif...

PUTRAJAYA 27 Julai - Kementerian Pelajaran digesa menyediakan satu formula alternatif jika mahu memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada masa sama, timbul pandangan supaya kedua-dua peperiksaan itu tidak dimansuhkan sebaliknya penaksiran semula dibuat agar UPSR dan PMR dijadikan asas penilaian untuk menentukan kualiti pendidikan di negara ini.

Wednesday, July 28, 2010

RMT masih diteruskan Kementerian Pelajaran Malaysia

Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Rancangan Makanan Tambahan di sekolah akan dihentikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah merujuk kepada laman web rasmi KPM, sebenarnya berita yang disebarkan hanyalah khabar angin semata-mata.


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada SMS pembaca dalam ruangan akhbar ini bertarikh 9 Julai lalu bertajuk ‘Memang tak patut Kementerian Pelajaran hentikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di semua sekolah. Rakyat susah harus dibantu. Mana slogan 1Malaysia. Harap KPM teruskan semula bantuan’. 





Dasar Kementerian Pelajaran mengenai program RMT adalah kekal dengan peruntukan bagi RMT untuk tahun ini selama 110 hari persekolahan pertama (mulai Januari hingga Julai 2010) sebanyak RM138 juta sudah diagihkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi Sabah dan Sarawak pada 7 Januari lalu.




Langkah ini dibuat bagi pemantauan kepada pelajar yang layak saja.


Baki peruntukan kedua RMT sebanyak RM99 juta diberikan kepada semua JPN di Semenanjung dan PPD di Sabah dan Sarawak pada 8 Julai lalu. 

Peruntukan tambahan RMT ini diberikan berdasarkan maklumat keperluan peruntukan yang diberikan oleh semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya. Dakwaan yang mengatakan RMT diberhentikan adalah tidak benar. 



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
Kementerian Pelajaran 

Berita: Bekas Guru Kurung 71 Orang Amah

KANGAR: Bekas guru yang juga pemilik kediaman di Taman Perlis, di sini yang diserbu pihak berkuasa selepas didakwa menjadi tempat 71 amah warga asing dikurung, dikatakan kebal daripada sebarang tindakan termasuk oleh pihak berkuasa.

Monday, July 26, 2010

Kepimpinan Instruksional

Berikut lampiran artikel bertajuk 'KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL' sempena Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Pahang 2010 oleh Tn Hj Jalani bin Hj Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang).












Kepimpinan Instruksional :
School Improvement Program (SIP)

Oleh:
Haji Jalani Bin Haji Ludin
Ketua Sektor Pengurusan Akademik


Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang KeberhasilannUtama (NKRA)  iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan menghasilkan keputusan pantas dan berimpak.


(bacaan lain: HEM dan Kepimpinan Instruksional  , Kepimpinan Instruksional dan Sekolah Berkesan )
DOWNLOAD SLAID KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Malaysia


DOWNLOAD BAHAN-BAHAN LAIN

Selamat Bersara...!!!

Masih belum terlambat bagi seluruh warga SKUJ untuk mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Tn Hj Abu Hasan bin Kasan (Guru Besar SK Desa Jaya Bdr Jengka). Semoga segala jasa dan bakti aka dikenang selama-lamanya.



Untuk laporan bergambar sila klik  di sini. LAMAN BLOG PPD MARAN

Thursday, July 22, 2010

Penarafan Kendiri Makmal Sains

MAKLUMAN...!!!

Semua sekolah menengah dan sekolah rendah dikehendaki melakukan penarafan kendiri dengan menggunakan Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah/Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah - Tindakan Guru Kanan (SM) serta Ketua Panitia Sains (SR). 

Sumber: Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

Pelancaran Program Kembara Buku 2010

Satu majlis pelancaran rasmi Program Kembara Buku 2010 peringkat daerah Maran akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tempat : SK Bukit Tajau, Maran
Majlis dijadualkan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang yang baru iaitu En. Yahaya bin Zainal Abidin. Beberapa sekolah daerah Maran juga akan turut serta memeriahkan majlis pelancaran program tersebut.

Daerah Maran selaku perintis kepada pelaksanaan Program Kembara Buku sejak tahun 2008 amat-amat berharap agar penglibatan semua sekolah akan dapat menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan pelajar sekoalh di seluruh Maran.

Tuesday, July 20, 2010

Pemantauan Program LINUS Negeri PAHANG

MAKLUMAN...!!!

20 - 22 Julai 2010 : daerah Pekan, Bentong, Maran dan Lipis. 
27 - 29 Julai 2010 : daerah Rompin, Jerantut, Kuantan dan Raub


GURU LINUS ...SEMOGA BERSIAP SEDIA...