NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Saturday, December 17, 2011

CUTI, CYBER CAFE DAN MURID


Moral: 

1) Manfaatkan masa terluang (cuti) dengan perkara berfaedah.
2) Manfaatkan teknologi maklumat (ICT) dengan betul.
3) Pantaulah anak-anak/murid sepanjang cuti khususnya ibubapa dan penjaga.
4) Bekalkan murid-murid dengan latihan / lati tubi sepanjang cuti sekolah.
5) Jangan hanya mengejar keuntungan sehingga sanggup menggadai masa depan generasi akan datang (khusus untuk pemilik cyber cafe)

Kartun ehsan www.tutor.com.my

INFO BIASISWA YAYASAN PAHANG

Maklumat penting yang setiap ibubapa dan pelajar patut tahu mengenai Yayasan pahang adalah informasi pembiayaan pendidikan (biasiswa, pinjaman dan penajaan) (sumber: Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/)

Biasiswa : Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.



Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)
Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-


1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Rakyat/Wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan. 3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.

Baca lagi....

Friday, December 16, 2011

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2012

(kartun ehsan Doodle Dakwah Facebook)

PENGGAL PERSEKOLAHAN BARU TAHUN 2012 SEMAKIN HAMPIR. IBUBAPA/PENJAGA DAN MURID-MURID SEMESTINYA ORANG YANG PALING SIBUK BUAT MASA SEKARANG DALAM MEMBUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2012.

BERHEMAH DALAM PERBELANJAAN DAN SENTIASALAH BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN ALLAH.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...!!!

CEUPACS BANTAH SBPA


BEBERAPA OPSYEN SBPA DI BANTAH

Berita Harian
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16



CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

SENARAI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG

BERIKUT SENARAI NAMA SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG UNTUK RUJUKAN YANG BERKENAAN.

SPA JPN PAHANG

BLOG SK LKTP ULU JEMPOL TELAH MENJADIKAN PORTAL RASMI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PAHANG SEJAK APRIL 2010 UNTUK RUJUKAN BAHAN-BAHAN AKADEMIK.


PORTAL RASMI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PAHANG (KLIK) MEMAPARKAN PELBAGAI INFORMASI PENDIDIKAN TERUTAMANYA MELIBATKAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG KHUSUSNYA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK. PIHAK BLOG SK LKTP ULU JEMPOL SENTIASA MENJADIKAN PORTAL SPA JPN PAHANG SEBAGAI RUJUKAN PERTAMA DALAM PENCARIAN MAKLUMAT BERKAITAN AKADEMIK.


MANFAATKAN APLIKASI MUAT TURUN SPA DAN SCRIBD SPA UNTUK MUAT TURUN BAHAN-BAHAN BERKAITAN AKADEMIK. 

BERIKUT STATISTIK APLIKASI ONLINE DI PORTAL RASMI SPA JPN PAHANG SEJAK APRIL 2010. (TREND RUJUKAN BAHAN MENUNJUKKAN PENINGKATAN KETARA)


(klik imej untuk melihat statistik aplkasi online SPA JPN Pahang)

TERIMA KASIH SPA JPN PAHANG DI ATAS PENYEDIAAN PLATFORM ICT YANG AMAT BERGUNA UNTUK RUJUKAN SELURUH WARGA PENDIDIKAN PAHANG.

PANEL PENILAIAN SISTEM PENDIDIKAN




TAHNIAH KEPADA AHLI PANEL YANG DILANTIK. MUNGKIN PIHAK PANEL PENILAIAN BOLEH MERUJUK KEPADA PIHAK-PIHAK SEPERTI JPN, PPD, MBG, GURU, ALIM ULAMA DAN TOKOH-TOKOH AKADEMIK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN DUNIA PENDIDIKAN.

SEMOGA LAPORAN PENILAIAN TERSEBUT AKAN LEBIH MEMANTAPKAN LAGI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KE ARAH PENDIDIKAN GLOBAL.

Thursday, December 15, 2011

CEUPACS BANTAH SBPA

TERKINI...!!!

CEUPACS BANTAH PELAKSANAAN SBPA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DAN MENYERU AGAR SEMUA PENJAWAT AWAM TIDAK MENANDATANGANI BORANG OPSYEN SBPA SEHINGGA PIHAKNYA MENGADAKAN PERTEMUAN KHAS DENGAN PERDANA MENTERI PADA 19 DISEMBER 2011 INI. BACA SELANJUTNYA DI...







ARTIKEL BERKAITAN

Tanya dan Rujuk Pada Yang Arif

PELBAGAI VERSI DAN ANDAIAN DIBUAT OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU MENGENAI SESUATU DASAR. TERPULANG KEPADA INDIVIDU UNTUK MENILAI SEBELUM MENERIMANYA. NAMUN JALAN TERBAIK ADALAH MERUJUK KEPADA SUMBER ATAU INDIVIDU YANG ARIF ATAUPUN PAKAR DALAM PERMASALAHAN YANG TIMBUL.

ISU SBPA CONTOHNYA, ADALAH LEBIK BAIK KITA...


RUJUK TERUS KEPADA SUMBER TERPANTAS SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS.

ATAU TONTON VIDEO DI BAWAH



PILIH SBPA ATAU KEKAL DALAM SSM?



BERIKUT PETIKAN KENYATAAN OLEH KPPA BERKAITAN SBPA SEMASA MELANCARKAN PEKELILING SBPA PADA 8 disember 2011.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu  penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.
“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik. Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

LAMPIRAN C SBPA

SILA RUJUK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI YANG BERKENAAN UNTUK MAKLUMAT RASMI BERKAITAN LAMPIRAN C SBPA (JADUAL GAJI BARU 2012)


SAMA-SAMA TUNGGU DAN LIHAT. 


DOWNLOAD TAKLIMAT DAN CONTOH PERGERAKAN GAJI SBPA 2012 DI SINI

CEUPACS NASIHAT PENJAWAT AWAM TUNGGU KEPUTUSAN MESYUARAT KONGRES BERHUBUNG SBPA.







PENDIDIKAN DAN RMK 10

BACAAN ILMIAH
(klik pada imej : sumber - Kementerian Pelajaran Malaysia)



BLOG GEMILANG UPSR PAHANG

SECARA RASMINYA BLOG GEMILANG UPSR PAHANG TELAH BERSEDIA UNTUK MENYUMBANG SEGALA IDEA DAN PERKONGSIAN KEMAHIRAN SELURUH WARGA PENDIDIKAN PAHANG KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR 2012 NEGERI PAHANG.



SELAMAT BERKONGSI