NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Friday, March 2, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SKUJ

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SKUJ AKAN DIADAKAN PADA 
7 MAC 2012 (RABU)
"The Giving Of Love Is An Education Itself"


Rasional program:-
  1. Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.
  2. Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
  3. Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid.
Objektif Program

  1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
  2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
  3. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Justifikasi Program
  1. Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
  2. Peningkatan kadar ponteng murid.
  3. Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
  4. Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas

MUAT TURUN BAHAN KOKURIA KPM

DOWNLOAD BAHAN-BAHAN BERKAITAN KOKURIA BAHASA INGGERIS


 English Language Kokuria - SPA JPN PAhang



Thursday, March 1, 2012

MUAT TURUN PEKELILING IKHTISAS KURIKULUM

ONE STOP DOWNLOAD RESOURCE UNTUK MUAT TURUN SEMUA PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN KURIKULUM YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

BROWSE BY YEAR


Pekeliling Ikhtisas : Kurikulum 

1970 | 1971 | 1972 | 1974 | 1975 | 1977 | 1978 | 1979 |
1980 | 1983 | 1984 | 1987 | 1988 | 1989 | 1990 | 1992 |
1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 2000 | 2001 |
2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 
2010 | 2011 |

PENGURUSAN BILIK BOSS SKUJ









SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

RUMAH BARU?
PINJAMAN BANK GAGAL?

RUJUK MANUAL TAKLIMAT SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA


Muat turun
Taklimat Kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia 

SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH

KEMASKINI MAKLUMAT DI SINI


KLIK IMEJ UNTUK AKSES SISTEM SPKS


SK LKTP ULU JEMPOL SELAMAT...!!!



Tuesday, February 28, 2012

Guru perlu kreatif, inovatif : Tn Hj Jailani Ludin (KS SPA JPN Pahang)


Jailani Ludin (kiri) melihat kereta solar ciptaan pelajar SMK Seri Tualang selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk dan Program Sains dan Teknologi di sekolah itu di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


Guru sains dan matematik perlu kreatif serta menggunakan pendekatan yang menarik bagi mengatasi masalah kemerosotan minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jailani Ludin berkata, kedua-dua mata pelajaran itu penting kerana ia merupakan tunjang bagi melahirkan pelajar sebagai modal insan yang kreatif dan inovatif.

Katanya, bagi mencapai status negara maju, rakyat negara ini perlu menguasai dan meneroka kemajuan sains dan teknologi.

"Ini merupakan satu cabaran buat warga pendidik, khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik bagi meningkatkan semula minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran tersebut.

"Guru perlu menyahut cabaran ini kerana kemajuan dan masa depan negara terletak di bahu kita bagi melahirkan pelajar yang mampu menguasai teknologi serta pakar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)," kata Jailani.

Beliau yang mewakili Pengarah Pelajaran Pahang berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Pelancaran Produk dan Program Sains dan Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tualang di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah, Aishah Hamzah dan Pengetua SMK Seri Tualang, Hussin Hamid.

Menurut beliau, mata pelajaran sains dan matematik juga memerlukan transformasi serta penambahbaikan seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi supaya para pelajar tidak berasa bosan semasa mengikuti subjek tersebut.

Jailani juga menasihati para pelajar supaya menanam cita-cita untuk berjaya dalam kerjaya berasaskan teknologi serta R&D dan bukannya bekerja dalam sektor kerajaan apabila tamat pengajian daripada universiti.

"Kita perlu membuang minda untuk makan gaji dengan kerajaan semata-mata.

"Hal ini kerana jawatan dalam kerajaan adalah terhad tetapi sebaliknya dunia kerjaya hari ini lebih terbuka kepada mereka yang mampu menguasai kemajuan sains dan teknologi," ujar Jailani.

Beliau menambah, kerjaya dalam bidang berkaitan sains, matematik dan teknologi menawarkan gaji yang lumayan dan ini yang menjadi cita-cita kerajaan untuk membolehkan rakyat meraih pendapatan tinggi.

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

Monday, February 27, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KELOMPOK JEMPOL 2012

KEJOHANAN DIJADUALKAN PADA 29 FEBRUARI 2012 RABU BERTEMPAT DI STADIUM MSN BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA.




MISI SKUJ:-

1) MERANGKUL JOHAN KESELURUHAN ZON JEMPUL
2) MEMECAH REKOD KUTIPAN PINGAT EMAS
3) MEMPERTAHAN REKOD 100M PEREMPUAN B12 MSSD MARAN
4) MENCIPTA REKOD-REKOD BARU ACARA DIPERTANDINGKAN

BERITA DARI AKHBAR : Jangan pandang remeh PIBG - Yahya



PUTATAN 19 Feb. - Ibu bapa di negeri ini diminta tidak memandang remeh terhadap kepentingan menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, ini kerana mesyuarat PIBG merupakan medium penting bagi ibu bapa membincangkan perkembangan anak- anak mereka di sekolah.

"Pelbagai isu berkaitan biasanya dibincangkan dalam pertemuan itu yang boleh meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

"Anak-anak juga akan berasa bersemangat apabila mengetahui ibu bapa mereka menghadiri mesyuarat PIBG," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PIBG SMK Tansau, Mohd. Faizal Baniamin dan Pengetua SMK Tansau, Datin Patimah Ali.

Yahya berkata, semua ibu bapa harus sedar mengenai pentingnya PIBG dalam perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Katanya, PIBG juga menjadi platform bagi memupuk persefahaman antara guru dan ibu bapa.

Dalam pada itu, beliau berkata, jalinan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru menjadi pemangkin kepada pencapaian setiap pelajar.

"Oleh itu, bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah semata-mata," ujarnya.

Utusan Malaysia: 20 Februari 2012

PROFIL AKADEMIK PMR SPM STPM 2012

Sila Muat Turun Profil Akademik bagi PPD serta peperiksaan STPM, SPM dan PMR bagi tahun 2012.

Penempatan Semula IPG Bagi Pelajar Program KPLI-SR JQAF Ambilan Jan/Feb 2012

Pelajar KPLI-SR j-QAF Ambilan Jan/Feb 2012, yang telah mendaftar di IPGK Semenanjung dan mendapat penempatan di sekolah Sabah atau Sarawak akan meneruskan latihan/interaksi di IPG Kampus Sabah atau Sarawak (mulai latihan/interaksi pada bulan Mac 2012). 


Sila semak laman web KPM mulai 5 Mac 2012 untuk mengetahui kampus penempatan Tuan/Puan. Latihan/Interaksi pertama akan bermula pada 12 Mac 2012 (Isnin).

PORTAL RASMI KPM

Saturday, February 25, 2012

SEMAKAN RAYUAN MRSM 2012

Semakan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

HARI GURU 2012