NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Thursday, July 29, 2010

Salam Takziah

Assalamualaikum.

Seluruh warga SKUJ dan PIBG ingin merakamkan 'Salam Takziah' ditujukan khas buat Cikgu Norzakiah bt Jusoh di atas kembalinya Allahyarham suami tercinta iaitu En. Mohd Noor Abidin Ismail (Anggota Bomba & Penyelamat balai Bomba Jengka).

Semoga Cikgu Norzakiah tabah dalam menghadapi segala ujian daripada Allah S.W.T.

Ikuti laporan penuh berita yang disiarkan di BERITA HARIAN dan HARIAN METRO.

SALAM TAKZIAH

UPSR: Tambahbaik Bukan Mansuh...

PUTRAJAYA: Kebanyakan peserta yang hadir dalam perbincangan meja bulat kedua mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam, mahu kedua-dua peperiksaan itu dikekalkan, tetapi perlu penambahbaikan.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.

UPSR Mansuh? Mesti ada formula alternatif...

PUTRAJAYA 27 Julai - Kementerian Pelajaran digesa menyediakan satu formula alternatif jika mahu memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada masa sama, timbul pandangan supaya kedua-dua peperiksaan itu tidak dimansuhkan sebaliknya penaksiran semula dibuat agar UPSR dan PMR dijadikan asas penilaian untuk menentukan kualiti pendidikan di negara ini.

Wednesday, July 28, 2010

RMT masih diteruskan Kementerian Pelajaran Malaysia

Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Rancangan Makanan Tambahan di sekolah akan dihentikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah merujuk kepada laman web rasmi KPM, sebenarnya berita yang disebarkan hanyalah khabar angin semata-mata.


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada SMS pembaca dalam ruangan akhbar ini bertarikh 9 Julai lalu bertajuk ‘Memang tak patut Kementerian Pelajaran hentikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di semua sekolah. Rakyat susah harus dibantu. Mana slogan 1Malaysia. Harap KPM teruskan semula bantuan’. 





Dasar Kementerian Pelajaran mengenai program RMT adalah kekal dengan peruntukan bagi RMT untuk tahun ini selama 110 hari persekolahan pertama (mulai Januari hingga Julai 2010) sebanyak RM138 juta sudah diagihkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi Sabah dan Sarawak pada 7 Januari lalu.




Langkah ini dibuat bagi pemantauan kepada pelajar yang layak saja.


Baki peruntukan kedua RMT sebanyak RM99 juta diberikan kepada semua JPN di Semenanjung dan PPD di Sabah dan Sarawak pada 8 Julai lalu. 

Peruntukan tambahan RMT ini diberikan berdasarkan maklumat keperluan peruntukan yang diberikan oleh semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya. Dakwaan yang mengatakan RMT diberhentikan adalah tidak benar. 



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
Kementerian Pelajaran 

Berita: Bekas Guru Kurung 71 Orang Amah

KANGAR: Bekas guru yang juga pemilik kediaman di Taman Perlis, di sini yang diserbu pihak berkuasa selepas didakwa menjadi tempat 71 amah warga asing dikurung, dikatakan kebal daripada sebarang tindakan termasuk oleh pihak berkuasa.

Monday, July 26, 2010

Kepimpinan Instruksional

Berikut lampiran artikel bertajuk 'KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL' sempena Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Pahang 2010 oleh Tn Hj Jalani bin Hj Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang).












Kepimpinan Instruksional :
School Improvement Program (SIP)

Oleh:
Haji Jalani Bin Haji Ludin
Ketua Sektor Pengurusan Akademik


Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang KeberhasilannUtama (NKRA)  iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan menghasilkan keputusan pantas dan berimpak.


(bacaan lain: HEM dan Kepimpinan Instruksional  , Kepimpinan Instruksional dan Sekolah Berkesan )
DOWNLOAD SLAID KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Malaysia


DOWNLOAD BAHAN-BAHAN LAIN

Selamat Bersara...!!!

Masih belum terlambat bagi seluruh warga SKUJ untuk mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Tn Hj Abu Hasan bin Kasan (Guru Besar SK Desa Jaya Bdr Jengka). Semoga segala jasa dan bakti aka dikenang selama-lamanya.



Untuk laporan bergambar sila klik  di sini. LAMAN BLOG PPD MARAN

Thursday, July 22, 2010

Penarafan Kendiri Makmal Sains

MAKLUMAN...!!!

Semua sekolah menengah dan sekolah rendah dikehendaki melakukan penarafan kendiri dengan menggunakan Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah/Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah - Tindakan Guru Kanan (SM) serta Ketua Panitia Sains (SR). 

Sumber: Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

Pelancaran Program Kembara Buku 2010

Satu majlis pelancaran rasmi Program Kembara Buku 2010 peringkat daerah Maran akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tempat : SK Bukit Tajau, Maran
Majlis dijadualkan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang yang baru iaitu En. Yahaya bin Zainal Abidin. Beberapa sekolah daerah Maran juga akan turut serta memeriahkan majlis pelancaran program tersebut.

Daerah Maran selaku perintis kepada pelaksanaan Program Kembara Buku sejak tahun 2008 amat-amat berharap agar penglibatan semua sekolah akan dapat menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan pelajar sekoalh di seluruh Maran.

Tuesday, July 20, 2010

Pemantauan Program LINUS Negeri PAHANG

MAKLUMAN...!!!

20 - 22 Julai 2010 : daerah Pekan, Bentong, Maran dan Lipis. 
27 - 29 Julai 2010 : daerah Rompin, Jerantut, Kuantan dan Raub


GURU LINUS ...SEMOGA BERSIAP SEDIA...

Sunday, July 18, 2010

Hebahan Kedua: Penyakit HFM (Hand,Foot Mouth)

Sila ambil perhatian terutamanya ibubapa yang mempunyai anak @ pelajar berusia di antara 7 tahun ke bawah. Terdapat laporan mengenai penyakit tersebut menyerang pelajar kita!!!

Sila ambil langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang sewajarnya sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami mana-mana simptom penyakit Tangan Kaki dan Mulut.

Simptom / Gejala



- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39'C
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.





Komplikasi
-Radang serta Inflamasi Otak Meningitis
-Radang Otot Jantung - Miocarditis
-Epilepsi / Fits : Sawan
- Maut

Hubungi Doktor sekiranya:-

- Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
- Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
- Demam lebih tiga hari
- Sakit mulut semakin teruk
- Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.


Hebahan Pertama: Lubuk Yu Ditutup!!!

 LALUAN MASUK KE LUBUK YU DITUTUP...!!!



Operasi Pembersihan Lubuk Yu Khamis Depan


15 Julai (Bernama) -- Operasi pembersihan secara bersepadu akan dijalankan di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran pada Khamis depan bagi menangani wabak Melioidiosis dan Leptospirosis yang dikesan berlaku di kawasan itu baru-baru ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Muhammad Safian Ismail berkata operasi itu akan membabitkan 54 anggota dari enam agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bekalan Air dan Majlis Daerah Maran.


"Operasi pembersihan ini melibatkan pembuangan sampah, memotong rumput dan semburan disinfeksi bagi membasmi kuman," katanya pada sidang akhbar di sini, hari Khamis.

Sunday, July 11, 2010

Leptospirosis...Penyakit apa tu???

Sedikit maklumat kesihatan berkaitan dengan sitausi terkini yang berlaku di Felda Ulu Jempol iaitu mengenai penyakit LEPTOSPIROSIS yang telah meragut 6 nyawa penyelamat dan orang awam yang turut serta terlibat dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Lubuk Yu minggu lepas. 

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah 
   penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota 
   tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan 
   panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk  
  disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai 
  dan arnab.

Tanda-tanda / simptom:

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih 
    kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala 
    yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur 
    kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Langkah pencegahan:

1) Elakkan mengunjungi kawasan air bertakung.
2) Elakkan bersentuhan dengan binatang 
3) Basuh tangan dan anggotan badan dengan sabun anti-kuman
4) Elakkan faktor penarik terhadap binatang bawaan penyakit seperti tikus (jaga kebersihan)
5) Kurangkan aktiviti luar di musim hujan

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini INFOSIHAT