NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, May 11, 2010

Apa Nak Jadi!!!

Orang Solat Jumaat, mereka bergaduh...


KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Sentul yang ‘bertempur’ ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat baru-baru ini, hingga menyebabkan lebih lima pelajar cedera.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar berkenaan mengikut cadangan yang dikemukakan jawatankuasa disiplin dan pengetua sekolah terbabit.


Beliau berkata, laporan awal mengenai kes itu menunjukkan ia sudah diselesaikan apabila pihak sekolah memanggil ibu bapa pelajar terbabit.



Namun pihaknya akan terus menyiasat kejadian itu bagi mengenal pasti jika ada pembabitan pihak luar dalam pergaduhan berkenaan.



“Kita bimbang jika pergaduhan di luar kawasan sekolah itu turut ada campur tangan orang luar dan jika ia berlaku, kita akan minta pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Beliau merujuk kepada kejadian sekitar jam 1.40 tengah hari Jumaat lalu, apabila dua kumpulan pelajar berpakaian sekolah bergasak, bertumbuk dan menggunakan topi keledar untuk mencederakan satu sama lain. Bagaimanapun tindakan pantas 10 kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sentul yang kebetulan berada di lokasi, berjaya meleraikan pergaduhan terbabit. 

No comments:

Post a Comment