NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Tuesday, May 11, 2010

Guru 'stapler' Telinga Pelajar???

Biar betul...!!!??? 

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Sibu Sarawak. Kejadian ini telah berlaku pada 27 April 2010 (Selasa) dimana pada masa tersebut Cikgu yang terlibat sedang mengawasi kelas tahun lima yang sedang menjalani ujian bulanan Bahasa Melayu. Semasa ujian ini berjalan, pelajar tersebut membuat bising dan bercakap dengan rakan-rakan serta menganggu. Pelajar telah beberapa kali diberi amaran tetapi masih juga bercakap dan enggan mendengar teguran. Cikgu seterusnya cuba mengacah-acah pelajar tersebut dengan menggunakan stapler. Dalam masa yang sama pelajar tersebut cuba mengelak, tetapi stapler tersebut terkena juga telinganya. Kejadian tidak disedari kerana pelajar tidak mengadu sakit telinga. Pelajar tersebut masih bermain dengan rakan-rakannya seperti biasa sehingga waktu kelas berakhir.
 
Pada sebelah petang bapa bersama pelajar datang ke sekolah untuk mencari guru tersebut dan barulah guru tersebut tau yang dawai kokot terkena telinga pelajar tersebut tetapi dawai kokot terkena sebelah sahaja dan tidak menembusi telinga pelajar tersebut. Guru itu sendiri yang menanggalkan dawai kokot di telinga pelajar dan seterusnya meminta maaf kepada ibu bapa pelajar tersebut.
Keesokkan paginya (28 Arpil 2010) ibu pelajar datang ke sekolah memaklumkan kepada guru berkenaan yang anaknya tidak mahu ke sekolah, Puan Cecelia menawarkan diri untuk ke rumah pelajar tersebut, memujuknya datang ke sekolah dan sekali lagi memohon maaf dengan keluarga pelajar atas kejadian yang berlaku. Selepas itu, pelajar tersebut setuju untuk datang ke sekolah seperti biasa sehingga tamat masa persekolahan pada hari tersebut.
 
Pihak ibu bapa pelajar juga telah menerima penjelasan dan permohonan maaf guru tersebut yang telah membuat pengakuan diatas kesalahannya dan meminta maaf dan telah berjanji perkara ini selesai tanpa melibatkan pihak-pihak lain.
 

No comments:

Post a Comment