NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Monday, May 3, 2010

Ujian Aptitud UPSR Membazir?


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS ‘MOSAI’ dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 April 2010 – “HARAP Kementerian Pelajaran kaji semula hala tuju ujian Aptitud dalam UPSR. Membazir
 
KPM berterima kasih kepada pembaca terhadap pandangan yang dikemukakan berkaitan dengan Ujian Aptitud bagi pelajar UPSR.
 
Lembaga Peperiksaan ingin menegaskan bahawa pelaksanaan Ujian Aptitud yang mula diperkenalkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009 bukanlah pembaziran. Ujian Aptitud merupakan sebahagian ujian psikometrik yang dilaksanakan untuk mengenali potensi diri murid dari sudut kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tahap minat serta kecenderungan murid.
Maklumat yang diperoleh melalui Ujian Aptitud adalah penting dan boleh digunakan oleh KPM khususnya para guru bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya bagi murid yang akan meneruskan pembelajaran di peringkat menengah.
 
KPM juga bersedia mengambilkira pandangan pelbagai pihak agar pelaksanaan ujian Aptitud dikaji supaya dapat memenuhi pelbagai keperluan bagi tujuan pembangunan pendidikan murid-murid. Sesungguhnya pencapaian murid dalam pelajaran adalah menjadi keutamaan KPM dan Ujian Aptitud yang dilaksanakan merupakan antara langkah untuk menambahbaik pembelajaran murid.

(sumber: KPM)

No comments:

Post a Comment